Thursday, November 22, 2012

Balas dendam

Salam semua, tajuk tu macam ngeri kan tapi tak lah kita balas dendam dengan cara bersopan santun hehehhe. Minggu lepas kan cuti panjang kita pun amik la kesempatan untuk bercuti tapi rasa tak lengkap lak cuti sebab orang kuat aka husband tak de g outstation dari hari Ahad sampai hari rabu, so kami anak beranak duduk la rumah tak kemana kalo kuar pun g kedai mamak dan kedai buku yang berdekatan je tak sampai 1 jam da balik rumah so tak adventure bg ktorang yang selalu kuar ni, sangap ok memang sangap.

Bila tiba hari Rabu hati girang segirangnya sebab orang kuat balik hari tu walaupun tau dia sampai malam tapi dari pagi mood happy sebab da siap2kan agenda dan senarai apa benda nak buat keesokkan harinya, bini n mak sapa ni tak menyabor hahahhaah,

Hari Khamis tu sambil golek2 kitorang bincang nak pegi jalan2 ke mana, mula2 suggest nak g Serai kat Empire Gallery lepas tu macam boring je, discuss lagi sekali yang kakak kata nak Chilli's, apaknya nak TGIF, yang maknya ok aje asalkan keluar heheheh mmg dasarkan. lps tu da puas golek n bincang Chillli's telah memenangi hati kitorg, mula2 nak ke KLCC mcm boring, last2 pilih Bangsar Shopping Centre, kitorang tak pernah ke sini jadi macam excited la aka jakun hahahaha i kan kampung uolls.

kan betul tak i kg hehehe gambar tisu pun nak amik 

 ha ni la makanan yg kami pilih hari tu yg atas sebelah kiri trio fajita eh betul ke menu tu ada beef, chicken & prawn yang sebelah tu dia punya pencicah fuh sedap uolls, yg bawah kiri tu burger apa entah tak ingat tu kakak punya pun sodap, yg kanan tu my hubby punya hrmm ok2 aje tak ingat apa nama dia

club cajun sandwich tu memang terbaik dan sebelah kanan tu nachos yg memang setiap kali ke sini memang amik tak pernah miss, yang bawah tu kids menu untuk Dayat n Dania.

dah makan kita amik gambar ye ok ni sibujang saya yg sangat2 nakal walaupun nakal dia la penghibur kitorg

yg ni lak cinta hati kami dah besar masing2 kan adik tahun depan darjah 3, kakak pulak dah darjah 5, Tq Allah di atas pemberian harta yang ternilai ini, akan kami jaga amanah ini hingga ke akhir hayat kami insyaallah.

lepas makan2 ni seperti biasa mak diakan suka google2 apa yg menarik bila ke sini jadi next station adalah pavlova yg meletop2 ada kat sini kat atas Chilli's ni je. So kitorg ke Alexis untuk tapau pavlova gambar tak ada sebab sampai rumah dah lembik, tapi rasanya tetap mantop.

Lepas tu ingat nak cari buku untuk budak2 ni, kat BSC tak de kedai MPH jadi g google jiran BSC aka Bangsar Village ada jadi kitorg zass ke sana pulak bila sampai kat MPH tu x byk choice, jadi round2 kat situ lepas tu terus decide ke JJ balakong sbb kat situ ada Popular I kan members kalo beli kat situ ada discount jadi dari Bangsar Villlage  terus la ke JJ. 

Ini la balas dendam yang dimaksudkan dalam masa 1/2 hari dapat cover 3 tempat. Tq orang kuat sayang awak ketat2.





No comments: