Wednesday, November 28, 2012

Suka makan dan masak

Salam semua,

Yup memang aku suka makan dan masak, pantang ada resipi yg mudah dan sedap akan ku cuba sungguh-sungguh tapi dengan syarat semua bahan mesti ada kalo tak de hati akan bercakap mesti tak jadi padahal kalo org pakar masak benda tu tak jadi hal, contohnya asam pedas kalo tak de kunyit hidup aku takkan masak, masak lemak cili api kalo tak de serai sorry ye aku takkan masak aku ni ikut abah tak cukup bahan tak nak masak kalo mak aku hrmm benda2 tu tak jadi hal jadi je pun, makan bertamba-tambah jugak hahahhaha, itu la perangai aku kalo berkaitan dgn masak mesti perfect if not dapur tak berasap eh macam pantun lak.

Setelah sekian lama tak ke pasar untuk shopping lauk pauk untuk dimasak akhirnya Sabtu lepas kitorg laki bini berjaya menjejakkan diri ke pasar, rasanya ada 4-5 bulan tak ke pasar, tapi bukan bermakna tak masak langsung ada beli lauk kat kedai tapi beli untuk yang dimasak hari tu je. Aku rasa sebab setiap hari weekend aku dok kat office tu yang tak ke pasar. Laki den da bagi hint masak sedap2 ye dah lama tak makan sedap2 oh apakah rasa bersalah iolls huhuhu. 


Hari Sabtu yang sejuk tu dapatla kami tangkap binatang2 di bawah untuk dijadikan lauk untuk selama tak tau la bergantung kepada tahap kerajinan untuk memasak.

 ikan tenggiri, ayam kg dan ayam bandar

ikan geruk dan ketam

sotong ikan kembung dan selar

bila ketam tak de la aku nak masak lain melainkan masak lemak cili api, resipi sangat simple cili api, serai, dan kunyit hidup ditumbuk guna batu lesung rasanya memang terbaik compare blender, daun kunyit siat2kan lepas tu letak semua dlm periuk dan jangan sekali-kali korg tinggalkan macam tu alamat nanti pecah la santan da tak syok nnt.

ini hasilnya nak kuning lagi tambah la kunyit serbuk

masak lemak ketam dijodohkan dengan sambal sotong, nak rasa yg terbaik pastikan sambal tu tumis sampai pecah minyak baru la best, resipi, bwg putih, bwg merah dan belacan di blender kalo sambal aku blender je, bawang besar hiris2 dan jgn lupa air asam jawa yang ni aku guna adabi punya tak payah nak perah2 lagi senang senangkan 
 ok da siap masak nyum nyum


next masak sayur da 2 ke atas tu mcm berat2 je, sayur kita masak simple2 je ni siew pak choy sos tiram, lagi senang rebus sayur tu jgn sampai layu, angkat ketepikan, curahkan sos tiram, lepastu amik bwg putih cincang2 tumiskan dengan guna minyak yg sedikit da kuning2 angkat tabur atas sayur yg direbus td see betul tak 

tiba2 gambar dia menegak macam ni la hasilnya 

terliur tak hehehehe yg ni ayam kg goreng fuh korang lumurkan serbuk kari daging, serbuk kunyit dan garam n campak je ke dalam kuali jah senang je goreng garing2 angkat makan dgn nasi panas2 terangkat hehehehe

Sekian setakat ini saja sesi masak memasak bersama Mak Jah hahahaha suka2 letak mak Jah tersedak mak Jah kat rumah. ok jumpa next session ye.

No comments: