Showing posts with label home made. Show all posts
Showing posts with label home made. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Hasil air tangan

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak cerita hasil air tangan saya, kalau tak penat dan ada banyak masa saya akan masak tak kisah la masak campak2 ke @ masak special, selalunya saya masak campak2 hari weekdays  hehehehe kalau special weekend la, jom2 layan gambar masak2 saya

kira special la kan hahahaha, ikan goreng, ketam masak lemak, kangkung goreng belacan & kerang rebus pheww, kalau masak macam ni amik masa 3 jam kat dapur

aik kerang rebus lagi hehehehe, sayur campur,, asam pedas ikan pari, ikan bilis goreng cili dan bwg.  
hehehehe saya dah ada assistant cepat la sikit kerja di dapur tu kan, ini anak sulung saya cakap sekali dah dapat tangkap ok senang keje mama.

ok tu je, nnt kalau ada masak lagi lepas ni saya akan upload ye. ok bye see u next entry, maybe cerita makan lagi kut....


Friday, December 7, 2012

Saya Suka Makan....

Minggu ni sunyi anak2 telah balik kampung, bila tinggal berdua melayan perasaan masing2 je la, macam aku lebih senang layan novel tapi pukul 10 confirm terpacak depan tv nak tgk adam dan hawa hehehee, lepas tu sambung balik novel, masak hrmm tak kut tinggal berdua je kang x habis membazir je. 

berbalik pada tajuk hahahha selain membaca novel aku suka makan tak kisah la murah ke mahal asalkan makanan tu tak buat aku muntah bak kata laki aku sejak dia kawin dengan aku tak de satu makanan pun yang aku tak suka, buat apa nak cerewet2 kan janji halal dan kenyang.

So muak la korang tengok gambar2 kat bawah, warning sapa yang tengah lapar dilarang untuk tengok ye


 ikan goreng, cencaru masak lemak & udang goreng kunyit
 masak lemak kubis dan ikan cencaru sumbat
 nasi goreng, ikan bilis & soda laici


 pappa rich
 carl's junior


 madam kwan's



 itu je memang confirmkan saya suka makan hehehehe


Wednesday, November 9, 2011

Kuih muih melayu klasik di Aidiladha

Sebelum nak teruskan entry ni aku nak minta maaf kat korang semua jangan ada yang meroyan tengok post cerita pasal makanan dekat blog ni eh anggap je la blog ni nak bagi idea kat korang nak masak apa kat rumah tu kan, sayang kat korang mmmmmuah.

Selain aku request makanan, anak aku yang sulung pun ada request kat nenek dia nak karipap, Dari last week dia berzikir nak karipap tapi nak beli kat mana, goreng pisang banyak la org jual petang2 kan, jarang org jual karipap. Nenek takkan biarkan cucunya kempunan ye tak pernah ok. Raya yang lepas request ketupat palas, raya korban ni request karipap pulak haishh tiba2 terpikir aku boleh ke jadi macam mak aku nnt ek.

kuih lopis yang direbus dlm daun pisang

kuih lopis dimakan bersama gula melaka, tak pernah menghampakan sesiapa yang memakannya

ha ni ler karipap yang diidam-idamkan oleh kakak inti daging korban lagi ok memang la sedap tak silap kitorg dpt buat dalam 100 keping habis licin dalam masa 2 hari je, hebatkan.


Menu AidilAdha bahagian 2

Tiba-tiba ada part 2 pulak ek boleh je la labu. Bila balik rumah mak macam2 nak request makan tu ini, mentang2 la mak ko pandai masakkan hahahahah, Kali ni aku request suruh mak masak nasi tomato, aku belikan bahan2nya dan mak masakkan semuanya, aku adalah assitant je hehehehe.

Sepatutnya nasi tomato ni makan masa lunch tapi oleh kerana perut adalah penuh jadi la nasi tomato ni hidangan untuk santapan minum petang dan dinner.

nasi tomato versi dlm periuk dan mangkuk hidang hehehehe

ayam masak merah nyum nyum

kurma daging korban fuh terangkat


sup tulang ermmm tak tertype rasanya disini


Salam Aidiladha 2011

Salam untuk semua pembaca, masih ada yang bercuti lagi kan bestnya kalo la cuti aku banyak lagi kan best tapi apakan daya cutiku adalah untuk anak2. Eh melalut citer pasal cuti lak hehehehe itu la padahnya bila dah menaip main type je apa yang terlintas kat otak ni.

Alhamdulillah tahun ni abah dengan mak berpeluang untuk melakukan ibadah korban. Maka banyak la daging kat rumah tu tapi sayang mak dgn abah tak boleh makan daging lagi-lagi daging fresh mau darah tinggi dorg naik nanti, itu pun tercuit-cuit kesian tapi nak buat camne kan. Daging2 tu mak bagi kat aku sikit, kat pak cik husband sikit, jadi le yang lain kitorg buat kurma, tulang buat sup, daging goreng kunyit hrmm sedapnya, apa lagi air tangan mak kan.

Raya kali ni menu adalah lain dari yang lain buat family aku ler. Ketua Chef kata muak ketupat nih (dalam hati dah sedih) apa pun menu adalah terbaik ok, maka menu pagi raya hamba persembahkan kepada kalian semua


nasi lemak sambal sotong perghhhhhhhhhh menjilat jari dapnyeeeee

nasi yang wangi dengan daun pandan, cukup santannya, dengan hirisan halia membangkitkan aroma nasi lemak ni, fuh mak nak lagi

telur rebus yang sangat cantik belahannya sapa la yang belah telur ni ek hehehehehehe

sambal sotong yang kitorg igau2kan sampai la ni terasa kat tokak ni

bersama hirisan timun

kacang goreng

ikan bilis yang sangat rangup


ayam kampung goreng perghhhhhhhhhhh

Friday, November 4, 2011

ishishish makan je ko kan hehehehe

Last week tiba2 rasa nak makan ikan msk tempoyak campur bendi, bendi goreng up pulak dgn terubuk masin, ishhh nak tunggu weekend lambat nak tak nak balik kerja terus singgah pasar beli bendi, sampai rumah solat siap2 then baru ke dapur untuk menyiapkan misi hehehehe.

ikan tenggiri dan bendi masak tempoyak fuh sedappppppppp

fillet ayam goreng dan ikan tenggiri

ikan terubuk masin ssssssssssssedapppppppppppppp

bende goreng

Selamat menjamu mata yek, oh dah nak raya haji, selamat menyambut aidiladha, have a safe journey, dan selamat bercuti. Semoga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar-benarnya. Luv u all


Thursday, November 3, 2011

Masak2 lepas keluar hospital

Blog acik nih kalo x citer makan tak sah kan hehehehe, mungkin ini kelebihan aku rasanya, setiap org mesti ada citarasa masing2kan, terpulang la kepada pembaca semua untuk menilaikan. Ok stop membebel.

Kejadian hari Sabtu, memang lauk dah ada dalam peti ais so tak yah la ke pasar, tinggal nak cong ceng cong ceng je. Cong ceng cong ceng pukul 2 jugak siapnya, ye la kekadang cadangnya nak masak 1 jenis je tapi bila dah kat dapur tengok bahan2 jadik le 2-3 lauk. Hai bila la anak2 dara ni nak besar boleh tolong mama cepat sikit masak.

Hasil cong ceng cong ceng kat dapur

sweet sour kerapu tak sampai malam pun dah habis

ayam masak apa dah lupa ingatan nnt kalo ingat aku update ek, pun selamat masa tengahari tu

sayur kangkung goreng belacan,

Bila tangan menari di dapur

Wah tajuk tak hengat, apa tandanya tu itu tandanya sekali sekala je dapur berasap heheheheheh, tapi tu masa awal gaji la kan kalo da tengah n hujung2 selalu la dapur berasapkan, kalo makan luar selalu pun boring gak kan hehehee, ecehceh cover line pulak.

Payah nak tengok aku masak beriya-iya kalo weekdays ni, ye la dah sampai rumah kul baper kan. Tapi bila roh memasak ni masuk dalam badan ni maka tersedia la menu2 yg rumit tumit ni kan eh ada ke ayat rumit tumit, sesuka hati je kan.

ikan bawal masak sambal tomato, kalo mcm ni la hiasannya chef Jo n chef Riz masterchef mesti kutuk kan hehehehee, jadi jangan nak berangan nak jd master chef, cukup la asah skill kat rumah je.

sayur campur goreng, i love broccoli

kalo korang perasan mesti meja makan kitorg beralas surat khabar, why why whyyyyy, sebab bdk2 ni makan tak de mulut, cuba ko tak letak suratkhabar maka ada la keluar suara2 tarzan.

Monday, October 17, 2011

Pembuka selera selepas demam

hujung bulan 9 dan awal bulan 10 aku di serang demam tak tau ler naper, kesian anak2 dan suami hari2 kena makan kat luar, kesian kat husband kena layan anak2 sorang2, aku kalau demam memang lembik sangat2 tak tau ler dari kecik macam tu. Hari last mc tu petang tu baru la boleh bangun, perut pun lapar, bukak peti ais ada ikan kembung, bukak almari ada sardin, so masak simple je. Rasa nikmatnya makan hari tu, petang tu budak2 n husband balik kemain seronok dorang makan, lama tak pekena air tangan mak nya kan.

sardin dan ikan goreng makan dengan nasi panas2 memang heaven.


dah lama dapur tak berasap

sebab2nya adalah musim raya, kenduri sana sini, balik keje lambat, dan demam yang tak kebah2. Akhirnya semalam dengan jayanya aku telah berjaya masak huhuhu, menu simple je, ikan masin, sambal belacan + ulam bendi, ayam masak lomak cili api tapi tak pedas boleh, padahal dah letak senggenggam, sayur siew pak choy sos tiram dan ayam goreng tepung. lately ni Danish mesti nak makan ayam tak tau la maybe kat nursery kot,

masing2 dah tak sabar nak makan, tp omaknya sibuk nak snap huhuhu, anak2 terimala mama ni seadanya kang mama merajuk tak berasap lagi la dapur tu,

antara yg sempat di snap owh sebab rajin sangat buat la air limau nipis


Wednesday, October 12, 2011

Makaroni Bakar

Ini kali ke 3 aku buat makaroni bakar, so far jadi tak pernah x jadi, resepi dari kawan kat opis, jom la layan gambar makaroni bakar aku ni. Asalnya nak buat untuk jamuan raya si Kakak, last minute petang tu kakak cakap cikgu mintak RM3, x yah buat geram je kan barang2 da beli ni, last2 takkan nak simpan kan so masak je la untuk diri sendiri.


bahan-bahan utama macaroni,susu segar, telur, tomato, mushroom, tomatoo puree,daging kisar, korang nak tau punya la aku melilau mencari daging kisar, dalam hati berkata eh ramainya beli daging ni sampai habis al maklum la musim raya kan, rupa2nya si ramli ni dah tukar packaging dia rasanya yang baru ni lagi senang sbb dorg wat by pieces mcm yang aku beli ni ada 4 pieces, kalo yg kecik 2 pieces, so kalo masak dapat mengagak la tak ler membazir tul tak. Cara masaknya sama mcm kita wat kuah sphagetti tu cuma nak bakar tu baru kita letak susu, telur, bread crumb dan cheese. Sonang je cuba la tengok hasilnya kat bawah

guna la cheese mozarella ni memang sedap




so ini la hasilnya anak-anak