he he he, takut jugak nak type, sebab bos ada tu yang berani type entry ni. Last Sunday balik rumah mak, saje melepakkan dah dekat memang saje la kalo tak balik tu kan. Petang tu borak2 dengan abah n emak ler. Tetiba jeng jeng jeng, takut ni tapi beranikan diri untuk type jugak. Abah n emak ni masak untuk kenduri dekat Melaka malam Sabtu yang lepas start masak pukul 1 pagi sebab nk keluar hantar makanan pukul 6 pagi. Nak jadikan cerita tengah abah masak nasi seorang pekerja pak cik saya ni cakap la dengan abah
pekerja: Pak Yaya(gelaran abah saya), orang tua bongkok ni nak pergi mana malam2 ni (jam kat tangan abah pukul 3 pagi masa tu)
Abah: Pak cik yang berjanggut tu ke
pekerja: entah tak nampak pulak
Abah saya pun jenguk la kejap bila abah jenguk dia nampak pakcik bonkok tu berkopiah dan pakai jubah putih, tetiba je kelibat dia hilang dan pada sama yang lampu jalan mati terus ribut datang. Abah n kawan dia terus senyap. Fuhh meremang siut saya yang dengar pun meremang bulu tengkuk apa lagi diorang yg mengalaminya he he he.
nota: siapa ye orang tua itu, saya tak nak fikir, sapa yang nak fikir, teruskan la ye
Tuesday, July 7, 2009
Cerita Orang Kahwin 25-27/6/2009
Dah lama dekat 2 minggu tak de masa nk upadatekan. Saya dan suami telah ambil cuti dari hari Jumaat untuk rewang. Pak cik n makcik suami saya ni telah banyak menolong kami terutama masa arwah emak mertua dan anak saya meninggal dulu rumah diorang la kami gunakan untuk mandikan dan kapankan jenazah serta kenduri arwah. Saya rasa ni la masa yang terbaik untuk membalasa jasa mereka lagipun mereka berdua ni dah tua anak dua orang je. Jom layan gambar2 kat bawah ni

datang pagi Jumaat tu tuan rumah suruh basuh telur, 1800 biji bayangkan dari pukul 9am-12.30pm rasa kitorang dah bau telur dah
kopek ikan bilis pulak nasib baik lepas solat Jumaat orang kampung datang untuk rewang, so selamat ler
acara wajib membungkus door gift untuk para tetamu, ada bermacam2 bungkusan ye, tuan rumah suruh saya lead bahagian bungkus membungkus ni, ada bungkusan kena masukkan bahulu, ada yang kena masuk maruku ada bungkusan yang masuk muffin, hampir kompius, yang saya bungkus tu untuk pihak pengantin perempuan kena masuk wajik pulak tu mata da berat penat wei dari 9 pagi
emak pengantin kiri bersama tukang masak

he he he action je tu tengah kacau santan untuk buat tahi minyak untuk rendang daging



sebahagian bungkusan yg telah siap di bungkus, siap dibungkus pukul 3 petang sabtu, rasa lenguh pinggang ni
hiasan meja pengantin
pengantin di arak
time untuk makan beradab
sebahagian tetamu yang hadir, ada 10 khemah, 10 khemah tu penuh. Dianggarkan dalam 3000 orang yang hadir ke majlis perkahwinan ini, letih beb senyum dari pagi sampai petang nama pun penyambut tetamu kan, sapa lagi nak kahwin lepas ni.....

datang pagi Jumaat tu tuan rumah suruh basuh telur, 1800 biji bayangkan dari pukul 9am-12.30pm rasa kitorang dah bau telur dah
kopek ikan bilis pulak nasib baik lepas solat Jumaat orang kampung datang untuk rewang, so selamat ler
acara wajib membungkus door gift untuk para tetamu, ada bermacam2 bungkusan ye, tuan rumah suruh saya lead bahagian bungkus membungkus ni, ada bungkusan kena masukkan bahulu, ada yang kena masuk maruku ada bungkusan yang masuk muffin, hampir kompius, yang saya bungkus tu untuk pihak pengantin perempuan kena masuk wajik pulak tu mata da berat penat wei dari 9 pagiMonday, July 6, 2009
Kunci oh Kunci

Setiap kali orang tag, apakah benda yang mesti ada dalam handbag, saya akan jawab 'KUNCI', kenapa kunci sebab tanpa kunci ini saya tidak akan dapat masuk ofis. Nak jadikan cerita, hari Jumaat lepas saya tertinggal kunci di dalam ofis dan akibatnya saya tidak dapat masuk ofis pada pagi ini, Dah la saya datang awal hari ni so saya terpaksa la tunggu dari pukul 7 - 9 pagi untuk masuk ofis, bos yang selalu datang cepat hari ni sms masuk lambat, bos kecik pulak cuti, aduh betapa stressnya pagi ni, oleh kerana tiada pilihan terpaksa call bos kecik ni mintak ihsan nasib baik dia ada kat UKM. Alhamdulillah bos kecik ni tak banyak cakap bila call je dia terus cakap ok he he he, tq hj K. So saya mulakan kerja hari ni pada pukul 9am.
Subscribe to:
Posts (Atom)