Thursday, July 9, 2009

Doakan yang terbaik untuk "Acik"


Seronok tengok gambar di atas ni. Gambar ni adalah yang terakhir tengok "acik" ketawa, now acik terlantar dah tak mampu untuk jalan, pejam celik pejam celik dah 6 bulan acik tidak makan, apa yang dia makan semuanya keluar. Sekarang tinggal tulang, tidak sampai hati untuk melihat dia terlantar sakit, dia bercerita setiap minit dia akan terasa sakit, kemo yang ke2 kalinya melihat dia semakin lemah, adakah kemo ubat yang terbaik untuk cancer.

Sudah dua orang yang saya lihat depan mata menderita bukan sebab sakit cancer tapi sebab kemo ye memang kemo penyebab arwah ibu mertua saya dan acik bertambah lemah dan sakit. Ada kawan saya bercerita arwah ibu saudara dia yang bergelar Doktor tidak mahu badan dia di kemo, sebab dia dah tahu akibat daripada kemo itu.

Kelmarin adik ipar pergi ziarah acik, Acik cakap dia jumpa arwah kakak(mak mertua saya) dan arwah mak dia, mereka sedang menunggu dia, sedih adik ipar saya dengar, Acik berpesan kepada adik ipar saya supaya menjaga anak2 dia kalau terjadi apa2 kepada dia. Aduh tersentap hati mendengar pesanan itu. Adakah..................Ya Allah kau berikan la kekuatan untuk Acik teruskan hidupnya sembuhkan la dia dan kau berikanlah rasa tabah dan sabar kepada anak2nya untuk terus menjaga ibu mereka. Kami redha apa jua ketentuanmu Ya Allah.

Semalam kami pergi melawat acik, airmata mengalir lagi melihat dia terlantar dengan keadaan yang lemah, sangat lemah, dia cuba untuk bercakap,kami kena dekatkan telinga untuk mendengar apa yang dia nak tuturkan. Apa yang boleh kami lakukan hanya boleh doakan semoga Allah memberi dia kekuatan untuk meneruskan hidupnya untuk melawan penyakit yang dia hidapi. Semoga Along, Adik dan Haziq tabah doakan yang terbaik untuk Ibu.

Papa & Danish

cuba you all tengok video he he he, saya suka sangat video ni, Danish nak mintak susu kat papa dia kelakar gila



Corat-coret Jumaat lepas


Jumaat lepas ada perjumpaan bersama Dato' President dan staff. Perjumpaan ini adalah wajib ok. Semua cuti dibekukan pada hari itu. Bos saya siap email staff siapa yang ingkar akan dapat show cause letter. Jom arr tengok gambar2 yang disnap.

rakan2 dari admin n finance dari kiri kak saeid @ zass, nurli @ ibuzara, Gee, kak Eah@ cintamyra dan bonda tercinta kak ani.
ni pulak rakan dari exam unit dan administrator MM & Automotive, dari kiri Ju, dan tak asing lagi blogger tegar Eiz @ pu3 bongsu
harus la adakan gambar tuan rumah he he he, ada lagi sorang blogger iaitu ibuhani tapi dia dok kat depan sekali dia rindu nak tengok muka Dato' President dekat2 he he he jangan marah ek

Lecturer mathematic dari kiri Mdm Eliz & Mdm Siti Mistima yang akan bergelar Dr tak lama lagi

bersama French lecturer dari kiri saya, Ms Behah & Mdm Y