Thursday, July 9, 2009

Doakan yang terbaik untuk "Acik"


Seronok tengok gambar di atas ni. Gambar ni adalah yang terakhir tengok "acik" ketawa, now acik terlantar dah tak mampu untuk jalan, pejam celik pejam celik dah 6 bulan acik tidak makan, apa yang dia makan semuanya keluar. Sekarang tinggal tulang, tidak sampai hati untuk melihat dia terlantar sakit, dia bercerita setiap minit dia akan terasa sakit, kemo yang ke2 kalinya melihat dia semakin lemah, adakah kemo ubat yang terbaik untuk cancer.

Sudah dua orang yang saya lihat depan mata menderita bukan sebab sakit cancer tapi sebab kemo ye memang kemo penyebab arwah ibu mertua saya dan acik bertambah lemah dan sakit. Ada kawan saya bercerita arwah ibu saudara dia yang bergelar Doktor tidak mahu badan dia di kemo, sebab dia dah tahu akibat daripada kemo itu.

Kelmarin adik ipar pergi ziarah acik, Acik cakap dia jumpa arwah kakak(mak mertua saya) dan arwah mak dia, mereka sedang menunggu dia, sedih adik ipar saya dengar, Acik berpesan kepada adik ipar saya supaya menjaga anak2 dia kalau terjadi apa2 kepada dia. Aduh tersentap hati mendengar pesanan itu. Adakah..................Ya Allah kau berikan la kekuatan untuk Acik teruskan hidupnya sembuhkan la dia dan kau berikanlah rasa tabah dan sabar kepada anak2nya untuk terus menjaga ibu mereka. Kami redha apa jua ketentuanmu Ya Allah.

Semalam kami pergi melawat acik, airmata mengalir lagi melihat dia terlantar dengan keadaan yang lemah, sangat lemah, dia cuba untuk bercakap,kami kena dekatkan telinga untuk mendengar apa yang dia nak tuturkan. Apa yang boleh kami lakukan hanya boleh doakan semoga Allah memberi dia kekuatan untuk meneruskan hidupnya untuk melawan penyakit yang dia hidapi. Semoga Along, Adik dan Haziq tabah doakan yang terbaik untuk Ibu.

3 comments:

Ibuhani said...

smoga Acik tabah menghadapi dugaan ini....

PuTeRi BoNgSu said...

aduhhh tsentuh hati aku bila baca & terus teringat kt arwah angah.
pejam celik,pejam celik arwah angah telah mninggalkan kami hampir 9 taun akibat kanser.

pu3 doakan semoga Acik cepat sembuh dr penyakitnya. insyallah

azlina said...

salam lynn....
semoga acik tabah..lawatan dari lynn sekeluarga selalu pun blh memberi semagat pada acik