Saturday, September 11, 2010

Salam aidilfitri ikhlas daripada Danishahumaira sekeluarga


1 Syawal bakal hadir tidak lama lagi, saya pasti semua orang sedang menghitung hari untuk menyambut hari kemenanangan setelah sebulan berpuasa. Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau menyinggung hati para pembaca sepanjang saya berblog ini. Semoga Syawal ini mari la kita menyambut dengan rasa penuh kesyukuran dan yang penting bersederhana dan jangan membazir, dan saya doakan semua dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang insyaallah. Salam Aidilfitri
maaf zahir dan batin

Ikhlas Daripada
Rozlin, Edillah, Irdina Farisya, Dania Humaira & Danish Hidayat


Monday, September 6, 2010

belasah je la labu janji ada

Hehehehe tengok tajuk pun dah nampak pemalas kan. Masa husband saya outstation, berbuka kami adalah sangat simple. Hari khamis hari tu masak sphagetti bolognese, bahan2 untuk masak semua ada tinggal nak tumis n masak je. Mula2 tengok dalam cabinet tak de sphagetti tetapi ada fettucine ok la kan, so tak de la kata nak singgah mana2 ingatkan semua da lengkap. balik terus zupp ke dapur utk memasak. Da siap buat kuah, baru la bukak cabinet amik fettucine utk direbus sekali bukak terkejut ya amat kenapa huhuhu sebab fettucine tu betul2 tinggal utk sorg makan aduh malasnya nak kuar, selongkar lagi cabinet tgk2 ada macaroni fuh penyelamat lantak le rebus je la janji ada benda nak makan waktu berbuka. Selamat berbuka ye




Teringin

Last week husband outstation g Perlis balik hari Jumaat lepas pastu masa amik budak-budak dari sekolah dapat call dari dia, perbualan lebih kurang mcmni ler

h: boleh tak masak nasi lemak petang ni
saya: hrmm tengok la (dalam hati malas nyeeeeeeeeeee penat sebab hari tu panas sangat badan lembik je)
h: x pe la kita beli je la petang ni
saya: ok

tengah drive tu terasa kejam je bila cakap macam tu, punya la husband call nak rasa air tangan kita, kita jwb mcm tu. Rasa bersalah sangat terus je g pasar kat Nilai beli barang2 untuk masak nasi lemak. bukan susah pun kan lagi pun balik cepat tak la terkejar-kejar sangat.

Dalam pukul 2 petang camtu dpt call lagi dari husband, suara dah kendur je

h: petang ni kita pegi je la beli nasi lemak kat bazar mana2 yang jual( fuh betul2 teringin ni)
saya: jangan nak mengada-ngada orang da beli bahan2 dah tadi.
h: ye ke ala terima kasih sayang, luv u so much ok2 masak sedap2 ye, tq tq tq ( ha apa perasaan korg bila dengar dia punya excited bila dapat tau isteri dia nak masakkan nasi lemak untuk dia.)

Ini la hasilnya, bersugguh-sungguh dia makan.


nasi lemak ku