Tuesday, July 7, 2009

Jalan-Jalan n lepak- lepak at Sunway Pyramid

Last Saturday bawak anak-anak jalan, pukul 10 dah keluar rumah, senang keluar pagi ni parking pun senang malas nak berebut parking. Kitorang pergi Sunway Pyramid, mula2 nak cari baju untuk raya, tak cantik sebab salekan so cari baju basahan untuk budak2 ni dapat 2 pasang seorang. Papa mama diorang dapat kasut n sandal untuk raya nanti, tak pening kepala cuma tinggal cari baju je bulan puasa nanti.

Lunch dekat PapaRich, Danish dah mengamuk nak tidur, yang kakak2 dia sibuk tengok org main ice ski ada pertandingan masa tu. Makan cepat2 ingat nak balik terus, my hubby tak nak dia nak jalan lagi, tengok Danish dah tidur, so teruskan perjalanan pergi Harvey Norman my hubby survey barang apa entah, malas nak follow dok luar dengan budak2.

Masa nak turun balik tu nampak JCo so singgah ingat nak take away je, my hubby nak pergi survey barang lagi, malas nak ikut dah so terus beli air n lepak dengan budak2 kat JCo, lagi pun Danish tidur. Jom tengok gambar2 yang sempat disnap masa kami kat Sunway Pyramid ni

sampai sini dalam pukul 10.45 jalan nak masuk pun clear lagi, selalu dengar diorang kalau tengahari jam nak masuk sini, bijak tak kami, tp kena bangun awal la

masa masuk tu budak2 tu terus je ke sini, rupanya OSIM buat promotion kat ruang legar tu, saje snap gambar ni teringat ibuhani punya taman reflexology
jumpa lak maskot ni, Danish kemain suka
order donut kecik2 je n air mochabella, sikakak siap sound kita minum petang kat sini ye mama, wah mcm statement orang kaya pulak,
kalau makanan jenis macam ni suka la minah ni, mkn breakfast sampai dinner pun tak per
tengok la Danish tu tak boleh jalan sikit, sibuk dengan tidur dia, yang kakak2 dia bising kat situ pun dia tak peduli

Cerita Seram

he he he, takut jugak nak type, sebab bos ada tu yang berani type entry ni. Last Sunday balik rumah mak, saje melepakkan dah dekat memang saje la kalo tak balik tu kan. Petang tu borak2 dengan abah n emak ler. Tetiba jeng jeng jeng, takut ni tapi beranikan diri untuk type jugak. Abah n emak ni masak untuk kenduri dekat Melaka malam Sabtu yang lepas start masak pukul 1 pagi sebab nk keluar hantar makanan pukul 6 pagi. Nak jadikan cerita tengah abah masak nasi seorang pekerja pak cik saya ni cakap la dengan abah

pekerja: Pak Yaya(gelaran abah saya), orang tua bongkok ni nak pergi mana malam2 ni (jam kat tangan abah pukul 3 pagi masa tu)

Abah: Pak cik yang berjanggut tu ke

pekerja: entah tak nampak pulak

Abah saya pun jenguk la kejap bila abah jenguk dia nampak pakcik bonkok tu berkopiah dan pakai jubah putih, tetiba je kelibat dia hilang dan pada sama yang lampu jalan mati terus ribut datang. Abah n kawan dia terus senyap. Fuhh meremang siut saya yang dengar pun meremang bulu tengkuk apa lagi diorang yg mengalaminya he he he.

nota: siapa ye orang tua itu, saya tak nak fikir, sapa yang nak fikir, teruskan la ye

Cerita Orang Kahwin 25-27/6/2009

Dah lama dekat 2 minggu tak de masa nk upadatekan. Saya dan suami telah ambil cuti dari hari Jumaat untuk rewang. Pak cik n makcik suami saya ni telah banyak menolong kami terutama masa arwah emak mertua dan anak saya meninggal dulu rumah diorang la kami gunakan untuk mandikan dan kapankan jenazah serta kenduri arwah. Saya rasa ni la masa yang terbaik untuk membalasa jasa mereka lagipun mereka berdua ni dah tua anak dua orang je. Jom layan gambar2 kat bawah ni
datang pagi Jumaat tu tuan rumah suruh basuh telur, 1800 biji bayangkan dari pukul 9am-12.30pm rasa kitorang dah bau telur dah

kopek ikan bilis pulak nasib baik lepas solat Jumaat orang kampung datang untuk rewang, so selamat ler
acara wajib membungkus door gift untuk para tetamu, ada bermacam2 bungkusan ye, tuan rumah suruh saya lead bahagian bungkus membungkus ni, ada bungkusan kena masukkan bahulu, ada yang kena masuk maruku ada bungkusan yang masuk muffin, hampir kompius, yang saya bungkus tu untuk pihak pengantin perempuan kena masuk wajik pulak tu mata da berat penat wei dari 9 pagi
emak pengantin kiri bersama tukang masak
he he he action je tu tengah kacau santan untuk buat tahi minyak untuk rendang daging
sebahagian bungkusan yg telah siap di bungkus, siap dibungkus pukul 3 petang sabtu, rasa lenguh pinggang ni
hiasan meja pengantin
pengantin di arak
time untuk makan beradab
sebahagian tetamu yang hadir, ada 10 khemah, 10 khemah tu penuh. Dianggarkan dalam 3000 orang yang hadir ke majlis perkahwinan ini, letih beb senyum dari pagi sampai petang nama pun penyambut tetamu kan, sapa lagi nak kahwin lepas ni.....