Fuh punya la lambat aku updated untuk cerita hari raya ni, hari yang ke 10 baru nak update tapi for sure la semua dalam mood raya lagi kan kan kan. Sekarang misi nak serbu open house pulak maklum la minggu lepas 1.3 juta telah balik ke kampung masing2 berhari raya sunyi sepi kawasan perumahan.
Ok kita cerita kisah sebelum raya dulu, biasa la hari Jumaat da tak de mood nak kerja so amik cuti untuk kemas rumah entah macamana terperasan alas meja makan tak pernah tukar so deciede untuk tukar, keluar la g nilai 3 lepas tu cari la lapik yang plastik tu takut kang kuah2 tumpah atas alas meja susah pulak nak hilangkan. Nak tau satu nilai 3 pusing tak de alas plastik tu last2 dekat mana tau jumpa dekat pekan nilai lama tu, kedai cina yang lama2 tu melambak ada kat sana. Bila sampai sana terus sambar tupperware sebab kat rumah bekas2 plastik da habis so kena beli jugak senang nak isi lauk pauk utk bawa ke Klang, sorry ek gambar tak de. oooh lupa lak sebelum cari alas meja pegi pasar kajang dulu cari ikan tenggiri dan udang basah dan sewaktu dengannya untuk buat laksa johor. Fuh ramainya umat ingatkan lengang, biasa la nak rayakan. Nak tau isi ikan tenggiri RM 30 sekilo terkejut beruk di buatnya. Baik beli seekor baru rm 20 sekilo.
Balik dari cari alas meja terus rebus ikan dan buat kerisik. Aku ni jenis tak suka beli siap kerisik sebab pernah terkena rasa tengik kerisik tu. Sebab tu lebih suka buat sendiri.
Tuesday, September 29, 2009
Thursday, September 24, 2009
Salam Aidilfitri Ikhlas Daripada Danishahumaira
Kami sekeluarga ingin menyusun 10 jari kepada semua pembaca blog danishahumaira, andai sepanjang penulisan saya membuat hati rakan2 semua terguris, saya ingin mohon ampun dan maaf, kepada yang balik kampung @ pergi beraya hati2 di jalan raya. Kepada yang akan sibuk di dapur selamat memasak hati2 jugak tau, kalau kuali@periuk tu berat mintak la kekanda @ hero tolong angkatkan he he he. Sebelum nak keluar rumah make sure semua pintu dikunci, takut nanti tetamu tak diundang datang mengemas rumah kita. Akhir kata semoga Aidilfitri ini memberi makna kepada kita semua, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
note: sticky mode until 3 syawal, new entry scroll bawah ye
Thursday, September 17, 2009
Tetamu Yang Tidak Diundang
Semasa umat Islam sibuk beramal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini, masih ada jugak manusia yang kurang ajar dan membuat dosa. Perasaan geram, marah sedih pun ada bila rumah arwah emak mertuaku telah dimasuki oleh doktor yang tak bertauliah. habis tingkap bilik dan dapur arwah diamiknya bukan tu saja wyre extension, wyre peti ais, mesin basuh, blender, radio dan seterika habis diamiknya. kurang ajar betul. Dah kitorang kena keluarkan duit utk membeli tingkap, wyre peti ais, mesin basuh, periuk nasi dan extension wyre. Benda yang diambilnya bukan boleh buat kaya pun sekadar cukup melepaskan gian.




hapraknya pencuri see korang tengok apa yang di amiknya, ini sebahagiannya. Kitorg cuma bacakan yasin untuk pencuri ni dan selebihnya aku serahkan kepada Allah, hope diorang ni dapat balasan yang setimpal.
Subscribe to:
Posts (Atom)



