Thursday, September 17, 2009

Tetamu Yang Tidak Diundang

Semasa umat Islam sibuk beramal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini, masih ada jugak manusia yang kurang ajar dan membuat dosa. Perasaan geram, marah sedih pun ada bila rumah arwah emak mertuaku telah dimasuki oleh doktor yang tak bertauliah. habis tingkap bilik dan dapur arwah diamiknya bukan tu saja wyre extension, wyre peti ais, mesin basuh, blender, radio dan seterika habis diamiknya. kurang ajar betul. Dah kitorang kena keluarkan duit utk membeli tingkap, wyre peti ais, mesin basuh, periuk nasi dan extension wyre. Benda yang diambilnya bukan boleh buat kaya pun sekadar cukup melepaskan gian.

habis melopong tingkap tu


hapraknya pencuri see korang tengok apa yang di amiknya, ini sebahagiannya. Kitorg cuma bacakan yasin untuk pencuri ni dan selebihnya aku serahkan kepada Allah, hope diorang ni dapat balasan yang setimpal.

2 comments:

Ibuhani said...

mesti budak penagih nyer keje ni

PuTeRi BoNgSu said...

mak aii kurang ajor tul.
wayar pon nk kew...