Tuesday, January 27, 2009

Ana Muslimah

Minggu lepas aku telah mencari tudung untuk si kakak yang akan memasuki kelas mengaji pada hari rabu ini. tetapi biasalah kalau beli kena la beli dua. Dua beradik ni excited bila pakai tudung mungkin rasa kelainan dekat diri diorang. Apalagi sejak ada blog ni aku pun ambil la gambar untuk masuk dalam blog ku ini. ada sekeping gambar tu aku mms dekat husband dan maksu Fara (adik husband) nak tahu apa feedback diorang kata muka si kakak ni ada iras arwah ibu mertuaku. tapi aku tak sempat nak cari gambar arwah ni kalau you all nak tengok gambar arwah ada kat slide yg mula2 sekali kat blog aku ni. Untuk pengetahuan semua si kakak ni cucu kesayangan arwah, arwah pernah cakap bila si kakak ni sekolah dia nak jaga jadi peneman dia, arwah suruh kitorang ambil kakak hujung minggu sahaja tapi apakan daya rancangan tinggal rancangan Allah lebih menyayangi arwah.

1 comment:

yaqeenahmad said...

Warna kegemaran saya ni.. Semoga menjadi anak-anak yang membahagiakan ibu dan ayahnya. Amin...