Monday, November 30, 2009

Hari Kecemerlangan SRAI

Syukur Alhamdulillah peperiksaan hujung tahun 2009 kakak telah mendapat no 2 didalam kelas. 4 hari sebelum majlis berlangsung tu balik dari nursery dia cakap dengan aku

kakak: mama cikgu ckp sapa dapat no 1-3 je boleh datang hari jumaat
aku: (dup dap dup dap) habis kakak tak payah pegi sekolah la hari jumaat ni (masa ni memang tak tau lg dia dpt no berapa sebab baru dapat kertas2 peperiksaan je)
kakak: (dengan muka selamba) eh tak la kakak dapat no 2
mama: (terus peluk dia) alhamdulillah, congratulation kakak...

majlis khatam al Quran oleh pelajar tahun 6

tetamu yang hadir & pelajar2 SRAI

sabar menunggu

persembahan coral speaking yang telah menjadi Johan peringkat negeri Selangor

tengah menunggu saat2 yg dinantikan, yg depan tu ketua kelas dia dpt no 1, penolong kelas lak dapat no 2 he he he elok la tu kan

now giliran dia

sangat terharu masa ni

bangga dengan piala yg dia dapat


harus posing dengan papa n mama kan kak

semoga kakak dapat mengekalkan prestasi dan cuba berusaha hingga menjadi pelajar yang cemerlang pada masa akan datang. Mama n papa doakan kejayaan untuk kakak dan adik2. Ya Allah syukur kepada mu di atas anugerah yang kau kurniakan kepada anak2 kami.




Annual Concert Qdees 2009

17 November ari tu annual concert untuk tadika anak aku yg no 2. Tahun ni kali yang ke 3 aku menghadiri annual concert Qdees ni, kali ni giliran si adik pulak, yang kakak pulak jealous, sungguh aku tak paham sebab dia da 2 tahun terlibat dgn concert kat Qdees ni. Biasala budak2 kan. Yang bestnye cikgu2 diorang ni kreatif la tu setiap tahun ada je kelainannya. Untuk persembahan kelas En Owen diorang buat persembahan tarian untuk lagu "Ulek Mayang" Dania memegang watak puteri 6, diorang ni berlatih dekat 2 bulan jugak la sebelum annual concert ni. Bila balik rumah je si dania ni practice, dia ni species tak tau malu tak mcm kakak dia malu2, siap ajak kakak dia practice lagi. Jom layan gambar


susah betul nak buat rambut adik ni licin betul

ok da siap posing dulu
ini la dia puteri 6
da nak g dah
posing dgn mama n papa dulu

ready utk pergi, adik pegi dulu, kitorg lepas zuhur baru gerak
masa bila la husband aku amik gambar ni tak perasan

persembahan2 anak2 yg berumur 4 hingga 6 thn sangat cute miut especially 4 years old best sangat


loving couple perghhhhhhhhhhhhhhhh ha ha ha ha


mana Danish, hu hu hu kena tinggal kat Klang, dia tengah lasak la, susah nak amik gambar n video, insyaallah next year boleh bawak

Tuesday, November 24, 2009

Kalau korang boring korang buat apa

Kalau korang tanya aku jawapanya adalah MAKAN he he he, kalau stress ke sedih ke apa2 je la kitorang akan pergi kedai makan tak kisah la mamak ke kopitiam ke asalkan ada benda yg boleh kitorg telan sambil melayan kepala yg tengah sarat barat dengan masalah, banyak benor masalah ko yek he he he. Kenapa tak masak je kat rumah, soalan yg baik tu, sbb kitorang nak rumah tu untuk berehat dan relax he he he, cakap je la ko malas rozlin ha ha ha, ye la kat rumah tak de volcano tea, tak de lime juice, tak de roti cheese, tak de roti tisu tak de bla bla bla.


ermm nampak menarik je kan, ni kitorg g kat kopitiam bangi, sedap gak volcano tea tu, kitorang da lama boikot kopitiam tu sbb service amat lembab, tapi entah camne x de tmpt lain singgah gak le, nasib baik ok kalo tak selama-lamanya la aku boikot hu hu hu.


Monday, November 23, 2009

Berpoya-poya aka dating

Perasan tak bila dah kahwin dan ada anak2 kita lupa untuk luangkan masa berdua dgn pasangan kita, jenjalan ke tengok wayang macam belum kahwin dulu. Kadang2 kita perlukan masa berdua betul tak, 7 hari 24 jam kita bersama anak2 sampaikan untuk berdua kekadang terlepas macam tu je. Bukan la nk komplen sbb anak masa kita terbatas, tak maksud aku kita dan pasangan pun kena ada waktu bersama. Ada benda yg kita tak boleh bercerita depan anak2, so kita kena cari masa utk bersama tak banyak pun bukan sampai makan masa berbulan-bulan 3 @ 4 jam pun ok apa. Ini pandangan aku ek, terpulang la dekat korang macam mana.

Kebetulan lama tak balik kampung, yang atuk pun da call tiap2 hari maknanya dia da hantar message kat kitorg supaya hantar cucu kesayangan diorang ni. Jadi ini la masanya untuk berdua he he he saja la tu kan. Pagi tu kitorang hantar anak2 lepas zohor tu terus keluar tak g mana pun pegi sunway pyramid je minum2(minum???? tipu la siap makan lagi ngeh3x) dekat Papparich. Tak lama pun dalam pukul 6 kitorang pun balik la, tapi berbaloi la.


muka puas hati dapat dating, macam paham2 je kan parents aku ha ha ha



menu hari berpoya-poya

Tuesday, November 17, 2009

Hari minggu kami

Hari Sabtu dan Ahad adalah hari yg kami tunggu2 selain boleh bangun lambat tak la lambat sangat pukul 8 tu kira ok la kan, boleh kemas rumah yg agak serabut, dan yang best boleh masak utk org2 tersayang, hari minggu baru best masak sbb semua org dapat makan, dari pagi hingga la tengahari, malam pulak depends kalo g jalan2 kat luar so makan je la kat luar yang penting bersama suami dan anak2. Ok layan gambar2 aktiviti kami

cik abang yg sangat rajin menolong sang isteri ha ha ha, kena paksa sebenarnya

sambil dilihat anak bujang, kakak2nya seperti biasa layan tv la apa lagi


sarapan pagi lempeng cicah sambal tumis dan briyani kambing maveles sambil menjilat jari, briyani kambing tu dpt dari kenduri kekah



nasi lemak ayam goreng rempah bersama sambal tumis ikan bilis from air tangan ku fuh diet ku hilang bila hari minggu