Saturday, January 9, 2010

Takziah

Salam untuk semua pembaca,

Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma kita tidak tahu bilakah masanya itu. Ayah kepada teman rapat saya eiz aka pu3 bongsu telah kembali ke rahmatullah jam 1.45 pagi 9 January 2010, akibat jantung dan buah pinggang. Jam 11 pagi Jumaat semalam saya sedang meeting telah dpt panggilan daripada pu3 mengatakan ayah dia kritikal. Saya tidak berkesempatan untuk menolong dia hantar ke hospital, ingatkan tengahari tu sempat nak pergi melawat tetapi meeting lambat habis, pulak tu saya kena jemput anak2. Petang tersebut saya dan suami pergi melawat, ramai sanak saudara datang melawat, sebak hati tengok sikakak memegang-megang adik yang sedang sakit bertambah sebak bila si pu3 datang kepada saya menghamburkan rasa sedih melihatkan keadaan ayah. Saya pernah berada dalam keadaan itu, saya peluk kejap memujuk pu3 supaya bersabar dengan dugaan yang satu ini. Siapa tidak sedih bila sudah tahu orang yg kita sayangi akan pergi. Saya tengok nadi arwah masa tu sangat lemah tapi still lagi mahu bercakap dengan orang2 dikeliling.

Dalam pukul 2.30 pagi handphone saya berbunyi, kebetulan saya belum tidur lagi, tengok2 pu3 saya dah agak ada sesuatu yang berlaku. Pu3 memberitahu ayah dia telah pergi buat selama-lamnya pada pukul 1.45 pagi. Pukul 7.30 pagi td saya dan suami pergi melawat sampai sana terus saya ambil tempat utk hadiahkan yasin untuk arwah. Bila terpandangkan cucu2 arwah menangis di sisi arwah bertambah lebat airmata saya dan makin tenggelam suara ketika membaca yasin. Pukul 8.30 arwah dimandikan dan pada masa yang sama orang masjid datang untuk bacakan tahlil. Selesai tahlil baru la saya balik. Mama pu3 adalah seorang yang kuat, masih boleh bercerita dengan orang2 yang datang melawat, kalau la saya tak tau la nak kata apa.

Kepada pu3 dan keluarga saya ucapkan takziah semoga anda dan keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Rakan2 dan pembaca2 blog ini marilah kita hadiahkan surah Al-Fatihah untuk arwah Hj Mustafa bin Hj Mohd Amin, semoga ampuni dosa2 arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan org yang beriman, amin.......Al Fatihah.

2 comments:

Ibuhani said...

al-fatihah.........

PuTeRi BoNgSu said...

terima kasih byk2 lin..
semoga arwah diampunkan dosanya & semoga rohnya dcucuri rahmat & berada dkalangan org2 yg beriman..al-fatihah..