Wednesday, June 23, 2010

Ujian Kelayakan tahun satu 2011

Pada 19 jun lepas tibala masanya untuk anak saya yang ke dua, Dania Humaira mengambil ujian kelayakkan untuk masuk tahun 1 di SRAI BBB. Hati ibubapa mana yang tidak berdebar-debar bila anak-anak ambil ujian walaupun tadika.

Pagi tu adik bersemangat untuk pergi, pot pet pot pet mulut dia excited sangat. Tetapi pot pet pot pet tu terhenti bila dia telah masuk kelas yang telah ditetapkan. Setelah beri kata semangat untuk dia kami pun terpaksa tinggalkan dia, tiba2 saya perasan dia gosok2 mata ahh sudah, dalam hati takkan la menangis, sebab masa kakak, siap kakak suruh kami turun cepat2, kami tanya kenapa dik hrmm terus la air mata mengalir, aduh camna ni takkan nak tinggalkan dia dengan keadaan camtu, saya dan husband pujuk dia gilir2 last2 saya ambil keputusan untuk pergi macam tu je tanpa pengetahuan dia lagi dia nampak muka saya selagi tu le dia tak berhenti menangis. Dalam hati tak putus2 berdoa minta dia dapat menjawab semua soalan, nak makan pun tak tenang masa tu, Selepas 1 jam kami gilir2 jenguk dia dalam kelas, alhamdulillah dia leka menjawab soalan dah tak nangis lagi fuh lega.

bila tengok gambar ni baru la tau kenapa adik menangis cuba kawan2 tengok tangan dia hehehe takut rupanya

pandangan sisi

sedih tengok dia menangis macam nak masuk asrama pulak

paparazzi sedang amik gambar curi heheheh

kembali berpot pet hehehe

sesi soal jawab "camne dik, dapat jawab tak" jawapan "alah senang je adik boleh jawab cuma bahasa arab & jawi je adik tak paham" tak pe la dik, adik da buat yang terbaik mama n papa doakan adik dapat masuk sekolah ni, insyaallah amin...

2 comments:

Chik Na said...

cepatnya kena buat ujian kelayakkan..nak masuk SR agama yer..

PuTeRi BoNgSu said...

sedih lak tgk air mata dania tu. tharu sgt2..
mama eiz doakan dik dania dpt sek tu nanti yer.Insyaallah...