Thursday, September 16, 2010

Raya ke 3 di NS pulak

Raya ke 3 kami bergerak ke Pasir Besar tempat lahir mak. Perjalanan pagi tu sangat lancar sampai rumah mak lang dalam 10.30 pagi. Sampai sana tengok diorg sekeluarga tengah siapkan makan tengahari untuk kami.

tengok la tradisional ok masak lomak cili api masak atas dapur kayu lagi

bg close up sikit

bergotong royong menyiapkan juadah tengahari, utk pengetahuan korang anak dara mak lang plus cucu majoriti perempuan so bab2 masak ni tak yah la korg nk sibuk2 tolong, anak beranak diorg je da cukup
ha tu sepupu den merangkap ketua chef utk hari itu, aku just tengok je la hehehehe

omak n mak lang den



ok abis rumah mak lang pergi rumah pak andak lak kat felda Jelai, abang emak. kat sini kitorg dijamu mee goreng, aku layan peyek yg sangat sedap smpi mintak tapau hehhehe, gambar nan ado sbb sibuk bergosip.

Lepas rumah pak andak pergi lak ke rumah cousin saya anak kepada mak lang kat Felda Bukit Jalur fuh jauh sangat campur dgn jam nak keluar simpang agaknya org sibuk beraya maklum la raya kali ni kan cuti pendek je. Sampai kat rumah cousin ni di jamu laksa ooops laksa jarangkan org negeri sembilan masak laksa tp rumah dia ada. Selain laksa ada meehoon goreng putih. Sendat dah perut jom layan gambar kat sini.






dah kenyang makan masing2 pun minta izin sebab ada satu rumah lagi iaitu rumah pak long abang tiri emak dekat Palong 4. Dekat sana kami dipaksa makan, perut ni rasanya dah tak boleh terima apa2 lagi tapi bagi tak nak hampakan mereka kami pun makan la jugak. menu untuk makan malam adalah nasi putih lauk ayam kg masak lomak udah kat nogori kono la makan lomak cili api. Pukul 9.30 kami pun bergerak balik ke Klang. Sekian tamat la sudah cerita raya saya. Yang lain ada tp tak syok la cerita tak de gambarkan...sebab sibuk makan dan makan dan makan dan makan sesajekan.


1 comment:

Ibuhani said...

Rayo sakan kau, Lin! Lain kali kalau nak longkapkn jln NS tu gi Pilah plak....umah den tau!