Monday, September 6, 2010

Teringin

Last week husband outstation g Perlis balik hari Jumaat lepas pastu masa amik budak-budak dari sekolah dapat call dari dia, perbualan lebih kurang mcmni ler

h: boleh tak masak nasi lemak petang ni
saya: hrmm tengok la (dalam hati malas nyeeeeeeeeeee penat sebab hari tu panas sangat badan lembik je)
h: x pe la kita beli je la petang ni
saya: ok

tengah drive tu terasa kejam je bila cakap macam tu, punya la husband call nak rasa air tangan kita, kita jwb mcm tu. Rasa bersalah sangat terus je g pasar kat Nilai beli barang2 untuk masak nasi lemak. bukan susah pun kan lagi pun balik cepat tak la terkejar-kejar sangat.

Dalam pukul 2 petang camtu dpt call lagi dari husband, suara dah kendur je

h: petang ni kita pegi je la beli nasi lemak kat bazar mana2 yang jual( fuh betul2 teringin ni)
saya: jangan nak mengada-ngada orang da beli bahan2 dah tadi.
h: ye ke ala terima kasih sayang, luv u so much ok2 masak sedap2 ye, tq tq tq ( ha apa perasaan korg bila dengar dia punya excited bila dapat tau isteri dia nak masakkan nasi lemak untuk dia.)

Ini la hasilnya, bersugguh-sungguh dia makan.


nasi lemak ku


1 comment:

sabree hussin said...

Mesti la sangat gembire lagi-lagi kalau isteri yang masakkan. Macam saya jugak
.
.
.
.
ops
.
.
Saya masih bujang sebenarnya :p