Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Lengkap

Hi korang, sihat? semoga korang semua sihat2 belaka ye. Tengok tajuk lengkap apa yang lengkap ye, huhuhu, lengkap la dalam family kitorg yg duduk hospital. Yang aku ni x yah kira la 4 kali bersalin, denggi, migrain tak terhitung la tidur kat wad. Husband pun pernah, kakak sekali je masa tu umur 2 bulan kena cirit birit kesian dia masa tu ye la 2 bulan kan, Danish dah 2 kali sekali tu masa 6 bulan cirit birit dan kali ke 2 umur 2 tahun sebab demam sampai kejang badan, dan adik walaupun dia selalu tak sihat tapi ni kali pertama masuk wad sebab food poisoning + gastric. Kesian dia x sanggup tengok dia muntah-muntah tanpa berhenti.

Masa dia kena sakit ni sekolah tengah ada peperiksaan nak buat camna kan dah sakit, ada hari yang dia masuk wad tu dia tengah jawab maths tapi tak dapat nak buat sebab dia non stop muntah so korang imagine dari hari Isnin-Rabu tu asik muntah2, suspen dah aku dgn husband kuar masuk klinik tapi tak de perubahan dan hari Rabu tu aku nekad minta Dr masukkan dia ke wad, at least boleh msk air dlm badan dia, Dr macam paham2 je niat aku, bila nampak Dania dan tanya sikit2 terus dia kata kat nurse cari bilik kosong sebab Dr tengok muka da pucat bawah mata dah cengkung.

Hari ke 2 dekat wad hampir 1 jam Dania muntah2 lagi kesian dan risau sangat aku tengok keadaan dia masa tu. Hari ke 3 bwk pergi ultrasound check semua ok cuma byk angin dalam perut. Bila Dr tengok tu dia bagitau jangan risau x de apa2 cuma gastrik sebab dia dah tak makan apa2. Lega hati, dan petang Jumaat Dania dah stop muntah Dr pun bg kebenaran untuk balik.

Itu la citernya, bila anak2 x sihat tahap kerisauan adalah tinggi ye, Alhamdulillah sekarang Dania dah sihat lega sangat.


hari pertama lembik masa ni

hari ke 2 ok sikit lepas drip ubat tahan muntah, adeh sakitnya kena cucuk drip ni


muka sedih nak g ultrasound, takut la tu

masa nak g ultrasound tu ingatkan buat kat spital tu je rupanya buat kat tmpt lain, naik ambulan ko terkejut aku nak tergelak pun ada suspen pun ada, tak jauh pun kat belakang hospital tu je. Terus aku pening kepala lepas naik ambulan nih.


Alhamdulillah dah mula sihat rasa lega sangat, cuma Dr tak bagi dia minum air kosong sebab Dania akan muntah setiap kali minum air kosong, jadi aku belikan la ribena untuk gantikan air kosong, dalam hati aku " wah dik mahalnya sakit ko ni" hehehehe,

Alhamdulillah Dania dah sihat dan kembali bergaduh dengan Danish, dan huru hara la balik dalam rumah kitorg, tapi apa pun suasana yang riuh rendah tu la penyeri rumah kita kan betul tak.


Friday, May 15, 2009

My Hero masuk hospital

Salam kepada semua pembaca blog,

Waktu lunch hari Khamis yang lepas aku dapat panggilan dari nursery Danish mengatakan Danish demam sehingga kejang dan hampir kancing gigi. Ya allah nasib baik ibuhani ada masatu kalau aku sorang2 tak tau la nak kata, aku minta ibuhani hantar ke sek 15 untuk ambil kereta dekat my hubby(masa ni dia tak tau lagi) sebab dia ada training kat situ. sampai sek 15 terus masuk kereta dan beritahu my hubby keadaan Danish dah tentu la dia terpinga-pingakan, aku cakap dengan dia apa2 aku call. Aku pun terus pecut tak pernah aku bawak kereta sampai 140 km, dalam kepala ingat Danish je, airmata tak putus2, pastu terbayang-bayang muka dia, mulut kumat kamit tak berhenti berdoa.

Sampai rumah terus amik child seat n sempat buat susu terus pergi nursery(sebelah rumah aku), tanya makcik yang jaga tu mcmana boleh berlaku, sebab pagi tu aku hantar dia sihat, mak cik tu cakap ada sorang budak tu demam mak dia tak boleh cuti sbb ada exam, mungkin la sebab budak tu Danish demam. dan dia citer Danish baru nak lelap mata tiba-tiba tercungap-cungap pastu mata dah pandang ke atas n badan da kejang hampir-hampir kancing gigi, terus panggil principal taska tu nasib baik principal ni ada pengalaman terus dia mandikan Danish, itu yang kurang sikit panas. Terima kasih banyak2 kak Nor.

Bawak g hospital favourite dr amik temperature 38, aku citer serba sedikit dr refer pakar kanak2 pastu terus admit untuk pantau takut2 terkena lagi. Masa admit tu da kurang panas tapi pukul 3 pagi badan dia panas balik, nurse ambil temperature 37.8 terus kejutkan dia n bagi ubat demam, kesian my hero.

Hari kejadian tu wad semua penuh dr nak refer hospital sebelah pun penuh jugak tak tau la kenapa maybe cuaca kebelakangan ni panas kut. Dr minta tunggu sampai pukul 6 pm ni tangan Danish dah dicucuk jarum untuk drip jam masa tu baru kul 3 lebih ada 3 jam lagi so aku pun bwk dia jalan2 dalam kereta n pegi amik kakak2 dia. on the way nak amik kakak2 dia punya la dia rimas dgn tempat drip tu dia pegi cabut, apalagi membuak2 la darah keluar aku pun pusing la kereta kehospital balik(masa ni dah sampai kat sek 3), dah la kat area hospital tu penuh tak de parking terpaksala park jauh cepat2 aku berlari pergi emergency minta betulkan tmpt drip tu, nasib baik tempat connection tu yg tercabut bukan jarum yang patah fuhhh seriau beb. Last2 dua2 tangan dia berbalut kesian dia. First time aku hadapi sorang2 sebab husband aku ada kursus safety dan akhir kursus ini ada ujian, tanpa training ni team mereka tak boleh masuk Petronas (agak melecehkan). Nasib baik aku dah boleh drive so pengalaman sedikit sebanyak boleh la aku gunakan bila terjadi kes2 emergency nanti.

Pukul 12 tghri Jumaat tadi Danish dibenarkan balik, masa ni temperature dah back to normal 36. Alhamdulillah, Terimakasih kepada teman2 yang telah sms dan call untuk bertanyakan keadaan Danish. Tq juga kepada nurse n Dr di hospital ini kerana telah memberi layanan yang baik semasa kami berada di sini.
sinonim betul dia dengan wad lily ni, tempat lahir, masa kena cirit birit dan yang kali ni pun wad yg sama
tengah tunggu giliran, mcm tak demamkan tapi temperature tinggi


kesian kan kena cucuk jarum kita yg tua ni rasa sakit apalagi la sikenit ni (masa ni tahan airmata tak bg jatuh tapi dalam hati bagai nak pecah rasanya)
see ini dalam kereta masa mula2 tercabut sampai hospital penuh pembalut tu dengan darah

last2 dua2 tangan berbalut masa ni mengamuk dia tak boleh pegang botol, terpaksala mama dia sebelah tangan pegang stereng sebelah lg tolong pegang botol

nota: masa blog ini ditulis Danish masih demam lagi on off on off sejak balik dari hospital tengahari tadi, baru kejutkan dia bagi makan ubat, semoga demam tak berlarutan @ tiada penyakit lain yang datang, amin.....