Thursday, November 3, 2011

Lengkap

Hi korang, sihat? semoga korang semua sihat2 belaka ye. Tengok tajuk lengkap apa yang lengkap ye, huhuhu, lengkap la dalam family kitorg yg duduk hospital. Yang aku ni x yah kira la 4 kali bersalin, denggi, migrain tak terhitung la tidur kat wad. Husband pun pernah, kakak sekali je masa tu umur 2 bulan kena cirit birit kesian dia masa tu ye la 2 bulan kan, Danish dah 2 kali sekali tu masa 6 bulan cirit birit dan kali ke 2 umur 2 tahun sebab demam sampai kejang badan, dan adik walaupun dia selalu tak sihat tapi ni kali pertama masuk wad sebab food poisoning + gastric. Kesian dia x sanggup tengok dia muntah-muntah tanpa berhenti.

Masa dia kena sakit ni sekolah tengah ada peperiksaan nak buat camna kan dah sakit, ada hari yang dia masuk wad tu dia tengah jawab maths tapi tak dapat nak buat sebab dia non stop muntah so korang imagine dari hari Isnin-Rabu tu asik muntah2, suspen dah aku dgn husband kuar masuk klinik tapi tak de perubahan dan hari Rabu tu aku nekad minta Dr masukkan dia ke wad, at least boleh msk air dlm badan dia, Dr macam paham2 je niat aku, bila nampak Dania dan tanya sikit2 terus dia kata kat nurse cari bilik kosong sebab Dr tengok muka da pucat bawah mata dah cengkung.

Hari ke 2 dekat wad hampir 1 jam Dania muntah2 lagi kesian dan risau sangat aku tengok keadaan dia masa tu. Hari ke 3 bwk pergi ultrasound check semua ok cuma byk angin dalam perut. Bila Dr tengok tu dia bagitau jangan risau x de apa2 cuma gastrik sebab dia dah tak makan apa2. Lega hati, dan petang Jumaat Dania dah stop muntah Dr pun bg kebenaran untuk balik.

Itu la citernya, bila anak2 x sihat tahap kerisauan adalah tinggi ye, Alhamdulillah sekarang Dania dah sihat lega sangat.


hari pertama lembik masa ni

hari ke 2 ok sikit lepas drip ubat tahan muntah, adeh sakitnya kena cucuk drip ni


muka sedih nak g ultrasound, takut la tu

masa nak g ultrasound tu ingatkan buat kat spital tu je rupanya buat kat tmpt lain, naik ambulan ko terkejut aku nak tergelak pun ada suspen pun ada, tak jauh pun kat belakang hospital tu je. Terus aku pening kepala lepas naik ambulan nih.


Alhamdulillah dah mula sihat rasa lega sangat, cuma Dr tak bagi dia minum air kosong sebab Dania akan muntah setiap kali minum air kosong, jadi aku belikan la ribena untuk gantikan air kosong, dalam hati aku " wah dik mahalnya sakit ko ni" hehehehe,

Alhamdulillah Dania dah sihat dan kembali bergaduh dengan Danish, dan huru hara la balik dalam rumah kitorg, tapi apa pun suasana yang riuh rendah tu la penyeri rumah kita kan betul tak.


No comments: