Thursday, March 5, 2009

nak potong rambut

Memandangkan rambut dah panjang mula rasa rimas tengok rambut puteri bongsu dan ibu ani yang pendek nampak selesa, tengahari tadi exabelle beli majalah so sempat belek2 la majalah ni nampak lak gambar2 kat bawah ni nampak cantik tapi tak tau sesuai ke tak ni, so nak tanya pendapat yang mana sesuai dengan muka saya he he he


Monday, March 2, 2009

makanan lagi

Sabtu lepas aku telah ke pasar Nilai 3 niat mula-mula nak beli bahan-bahan untuk goreng mee tapi biasa la bila ke pasar paham2 je la jadi aku terpandangkan sotong besar-besar dan segar terus dapat idea nak masak apa tengahari sebelum pergi ke kelas. Mula-mula nak beli sotong je terpandang lak ikan kembung pun segar-segar terus rembat dan tak sabar nak masak he he he. Minggu ni giliran husband jaga anak-anak pulak sebab Sabtu dan Ahad lepas aku ada kelas, sebelum mereka mengadu kelaparan baik aku sediakan makan tengahari diorang sebelum pergi kelas (isteri dan ibu mithali aku ni perasan je lebih ni ha ha ha).

Menu pada haritu aku masak simple je ikan dan sotong bakar + sambal kicap dan sup sayur. Tak sahkan kalau tak amik gambar ini pun husband yang tolong ingatkan, nak tau dia cakap apa"tak nak amik gambar ke masuk blog menarik ni" tak tau la perli ke apa, sbb dia tau bini dia tengah kemaruk buat blog ha ha ha.

ni masih kat kuali da bukak daun pisang nak tau da masak ke lum, maklum la bukan pro



ni lak sambal kicap untuk cicah
tadi sotong ni ikan pulak
ini setelah masak
ni lak sup sayur
lengkap la menu untuk hari sabtu yang lepas, menu apa hari ahad tak sempat masak daa kelas sampai kul 6 petang.

Kali pertama

salam untuk semua pembaca blog

Hari ini merupakan hari pertama Irdina Farisya menduduki peperiksaan yang akan berakhir hari Jumaat. Dari hari aku dapat jadual tersebut telah aku bagi amaran"kakak jangan tengok tv this weekend baca buku dan buat latihan dekat buku-buku yang mama belikan". Nasib baik dia ni jenis ikut cakap maybe perempuan kan, jadi bangun je tidur lepas mandi dan sarapan terus je dia buat latihan dan baca buku. Sepanjang lepas solat aku tak pernah miss doakan dia supaya dapat jawab soalan-soalan yang bakal di jawab. Mama dia yang dup dap dup dap, baru peperiksaan darjah satu belum lagi UPSR dan peperiksaan seterus-seterusnya.

Cerita pasal peperiksaan ni teringat dua rakan di ofis ni yang tengah dup dap dup dap jugak ni menunggu result SPM anak-anak mereka yang bakal keluar tak silap lagi 2 minggu. Kepada Along(kak shifa) dan kak Fara(ibu ani) good luck.