Monday, March 2, 2009

Kali pertama

salam untuk semua pembaca blog

Hari ini merupakan hari pertama Irdina Farisya menduduki peperiksaan yang akan berakhir hari Jumaat. Dari hari aku dapat jadual tersebut telah aku bagi amaran"kakak jangan tengok tv this weekend baca buku dan buat latihan dekat buku-buku yang mama belikan". Nasib baik dia ni jenis ikut cakap maybe perempuan kan, jadi bangun je tidur lepas mandi dan sarapan terus je dia buat latihan dan baca buku. Sepanjang lepas solat aku tak pernah miss doakan dia supaya dapat jawab soalan-soalan yang bakal di jawab. Mama dia yang dup dap dup dap, baru peperiksaan darjah satu belum lagi UPSR dan peperiksaan seterus-seterusnya.

Cerita pasal peperiksaan ni teringat dua rakan di ofis ni yang tengah dup dap dup dap jugak ni menunggu result SPM anak-anak mereka yang bakal keluar tak silap lagi 2 minggu. Kepada Along(kak shifa) dan kak Fara(ibu ani) good luck.

2 comments:

Anonymous said...

Seronok menikmati detik2 pembesaran anak ni ya. Di ajak Irdina solat sekali, mesti boleh jadi pengikat ibu dan anak. Orang tua kata alon-alon (perlahan-lahan)
*** kecik2 dulu saya liat solat. huhu

danishahumaira said...

tengah ajar irdina solat, bacaan dalam solat, wuduk dah pas he he he. nk betulkan sikit bukan org tua ckp org jawa je yg guna perkataan 'alon-alon'