Monday, March 2, 2009

makanan lagi

Sabtu lepas aku telah ke pasar Nilai 3 niat mula-mula nak beli bahan-bahan untuk goreng mee tapi biasa la bila ke pasar paham2 je la jadi aku terpandangkan sotong besar-besar dan segar terus dapat idea nak masak apa tengahari sebelum pergi ke kelas. Mula-mula nak beli sotong je terpandang lak ikan kembung pun segar-segar terus rembat dan tak sabar nak masak he he he. Minggu ni giliran husband jaga anak-anak pulak sebab Sabtu dan Ahad lepas aku ada kelas, sebelum mereka mengadu kelaparan baik aku sediakan makan tengahari diorang sebelum pergi kelas (isteri dan ibu mithali aku ni perasan je lebih ni ha ha ha).

Menu pada haritu aku masak simple je ikan dan sotong bakar + sambal kicap dan sup sayur. Tak sahkan kalau tak amik gambar ini pun husband yang tolong ingatkan, nak tau dia cakap apa"tak nak amik gambar ke masuk blog menarik ni" tak tau la perli ke apa, sbb dia tau bini dia tengah kemaruk buat blog ha ha ha.

ni masih kat kuali da bukak daun pisang nak tau da masak ke lum, maklum la bukan pro



ni lak sambal kicap untuk cicah
tadi sotong ni ikan pulak
ini setelah masak
ni lak sup sayur
lengkap la menu untuk hari sabtu yang lepas, menu apa hari ahad tak sempat masak daa kelas sampai kul 6 petang.

2 comments:

CiNta mYra said...

rajinnya lin.. caiyok2!!!

apisz said...

sedapnya..hehehhehe...