Wednesday, March 11, 2009

leganya

Alhamdulillah selesai part 1 keje meng"fax"kan surat jemputan ke sekolah MRSM dan sekolah berasrama penuh yang terdapat di seluruh pelusuk Malaysia ni. Selagi tak habis aku tak boleh tumpukan kerja yang lain. Thank you to Ibu Ani tanpa fax dia tak abih la kojo ku ini nak harap fax kat admin ontah dapat ontah tak la sekolah2 tu. Surat tu untuk menjemput para pelajar dan guru untuk mendengar taklimat mengenai program Pre France yg merupakan kursus persediaan kepada para pelajar tajaan lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara Peranchis. Kalau permintaan tinggi aku dan PC serta seorang lagi pensyarah akan ke UITM Penang untuk sesi taklimat minggu depan.

kena tag dari puteri bongsu

aduh kena tag dengan puteri bongsu, ni jawapannye wahai puteri bongsu,


ini gambar masa tu dania setahun lebih, irdina 3 tahun, nasib baik gambar ni puteri kalau x tak berjawab la tag tu sampai bila2 hu hu hu....

Friday, March 6, 2009

yeah weekend datang lagi

Salam untuk semua pembaca blog,

Nampak tajuk tu macam tak sabar-sabar nak tunggu weekend kan nak tau kenapa pertama dah tentu weekend ni cuti panjang sampai hariIsnin weeehooo. Kedua family kami complete weehooo seronoknya dah 3 minggu berturut-turut kami sekeluarga tak berkumpul ye la minggu lepas husband ada saya tak de, dua minggu lepas lak husband yang takde. Pelbagai aktiviti ingin dilakukan Irdina Farisya pulak baru habis exam, cantik sangat la tu.

Aktiviti utama adalah memasak of course itu wajib masa cuti ni la aku ingin family merasa air tangan aku sendiri, biar suami dan anak-anak semua ingat diriku sampai bila-bila walaupun aku dah tak de lagi di muka bumi ini , isteri soleha dan ibu mithali la katakan ha ha ha, hai rozlin masuk bakul angkat sendiri la ye he he he. Ye la kan hari biasa busy Selasa sampai Khamis Irdina mengaji nak kena hantar pukul 6 pm, pukul 7 pm dah nak kena amik bila lak nak memasak, boleh masak tapi pukul 9 baru siap bila lak nak makan uiiii tak elok makan malam beb tak elok untuk kesihatan.

Kepada kengkawan semua "have a nice weekend", to ibu ani drive carefully.