Wednesday, June 17, 2009

Hadiah dah sampai

Pada hari Selasa malam tengah sidai kain ternampak something kat kotak surat, so pergi la tinjau, rupa2nya hadiah dari kak Azlina, seronok sangat, thank you kak, semoga ikatan ukhuwah kita berpanjangan, nanti kalau saya turun ke Perak kita jumpa ek



Saturday, June 13, 2009

Sepetang di Kuala Sepetang-apa ada di sini ek

Macam berpantun lak tajuk entry ni kan ha ha ha, hari sebelum cuti tu akuberborak dengan lecturer aku ni dia kata dia n kawan2 dia nak pegi kuala sepetang nak makan mee udang, aku kalo bab2 makan ni memang terangkat telinga. Dah meleleh air liur ni kan, x pe la dalam hati aku akan sampai sana jugak hu hu hu tapi masa ni hati berkata bila la aku nak sampai sana. Pastu kan cuti yang tidak dirancang tu kan aku kan kat Ipoh, tengah aku surf internet teringat pasal mee udang so terus aku cari maklumat mee udang ni, dah dapat nama tempat dan address terus g google maps pulak nak tengok jauh ke tak Kuala Sepetang dari bandar Ipoh ni, tak jauh ler kengkawan sejam je dari bandar Ipoh ni masuk highway ke Pulau Pinang exit Changkat Jering lepas tu korang follow je Kuala Sepetang punya singboard kedai tu pulak memang tepi jalan, aku ni pun guna GPS gak, kalo x der GPS pun korang tak sesat la yang penting korang ikut signboard Kuala Sepetang. Jom tengok gambar2 ni, jangan meleleh ye air liur korang hu hu hu, yang tengah pregnant tu maaf ye, kalau buat you all mengidam,



on the way, smpt snap, nakal budak ini tak nak dok kat seat dia, menjerit-jerit, last2 angkat dok depan dgn aku terus senyap




kat sini la kitorang makan, warong ni pernah masuk majalah 3, tu yg glamour

sabar menunggu makanan


tadaaaaaaaaaaa dah sampai makannnya silakan silakan jamu mata

mee udang yg ni rm 10 sepinggan ada yg sampai rm 12, serius beb udang dia memang fresh(meleleh air liur masa type ni ha ha ha)

ni lak mee goreng udang yg ni aku amik rm 6 punya, harga nya dari rm 5 smpi rm 12, sama dgn mee udang gak.
puas gak la nk menhabiskan udang2 tersebut,

nota: nak g lagi la sapa nak ikut hu hu, ok la nak tidur dulu da kol 4.15am

Friday, June 12, 2009

Percutian yang tidak di rancang

Memandangkan minggu ke dua adik aku tak dapat jaga anak2ku ini maka aku dan suamiku mengambil cuti gilir2 Isnin-Selasa suamiku cuti, dan 3 hari selanjutnya aku ler yg jaga(mcm tak adil jek hu hu hu). Hari Selasa malam my hubby kena outstation kat ipoh sampai khamis, aku dah plan nak tengok wayang dgn anak2 semasa dia tak de, dah siap booking dah(sorry ye TGV, bukan sengaja pun).

Entah macamana masa siap2 lepas solat maghrib dan nak menghantar suamiku ke ofis, terlintas kat kepala aku yang bergeliga ni, alang2 aku cuti baik kitorang ikut dia outstation, so aku pun dengan lemah lembut nye "abang boleh tak kitorang ikut, boringla tak ada abang(memang pun), masa ni kereta dah start pintu pagar dah terbukak tinggal nak drive pegi ngantor je ni, pastu my hubby pun jawab ler "aah ek, betul jugak tu(dlm ati suka proposal dah diterima) tapi(ada tapi k) abang kena call bos dulu boleh bwk kete @ tidak(sbb diorang dah booking kenderaan sykt-nak ty samada bole claim @ tidak la kan, kalau bwk kete sendiri walaupun dgn jawatan dia layak bwk kete sendiri kalo g outstation). Malam tu nasib ku memang baik la bos laki aku izinkan yippiiiiiiiii, terus packing semua baju(keje gila kan), so kitorang berangkat ke Ipoh pukul 9.30 malam pada asalnya diorang nak bertolak pukul 8 mlm, x pe la janji we alls dapat ikut weeeeeeeeeeeeeeehoooooooooooooooooooo.

tengah layan blog n ym masa ni, maklum ler ikut orang kerja bukan org bercuti lagi pun nk jalan sendiri tak reti, nak tak nak tunggu la orang itu habis kerja

ermm tengok la tu diorang pun nak joint gak
dengan dulang pun jadi la, ni kes dah boring tahap gaban la ni

gaduh sudah main sudah last2 zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz, tu la korang nak ikut sangat

nota: seronok sebab duduk dalam aircond yg memang sejuk tanpa tutup walau sesaat pun dan tak payah fikir pasal bil elektrik hu hu hu. oops lupa lak nama hotel aku duduk ni Hotel Ipoh City ada wifi k,