Tuesday, October 13, 2009
Birthday Hubby
Bulan 10 ni ada 4 org yang rapat dengan aku sambut birthday 2 daripadanya adalah my hero iaitu my hubby n son lg 2 org my friends. Ok sekarang nak cerita ikut tarikh lahir la ye he he he. 2/10 hari tu my hubby birthday, selalunya aku akan bagi dia hadiah surprise tapi buat julung2 kalinya tahun ni aku bagi dia pilih apa yang dia nak tapi adala budgetnya he he he, kang dia mintak camera yg sampai rm 4k mana nak cari duit. Mula2 tu aku nak belikan minyak wangi tapi minyak wangi aku dah bagi last 2 years sebelum bersalinkan Danish kiranya masih baru la kan. Last2 dia decide nak beli tshirt so aku suggest cari dekat The Gardens MV. Sebelum tu malam jumaat tu aku bawak diorang pergi makan Kenny Rogers kat Alamanda untuk celebrate birthday kat sana. Tahun ni jugak kami celebrate birthday 2 tempat ye ha ha ha, satu di Kenny Rogers, satu tempat lagi Carl's Junior. Tak salahkan demi org tersayang. Jom layan gambar, kalau tak de gambar bukan blog aku ek ye he he he
mereka yang berkongsi bulan yang sama, kalau tahu nak kena operate dah lama pilih tarikh yang sama hu hu hu
ada pulak yang merajuk tak dapat minum air apa entah masa tu, aku malas nak layan, nak beriya-iya bila dah order tak nak minum,
org yang muka happy sbb dapat makan macaroni cheese, tekak org putih sikit ni
harus ada muka empunya blog kan
ermm sebenarnya aku yg mengidam sebab masa bulan puasa lepas tak dapat makan sebab kat situ fully booked. Akhirnya dapat he he he
Papa this is for you, akhirnya kami decide masuk butik BR utk beli hadiah untuk papa.
Tapi memang berbaloi beli dekat sini, pekerja dia memang bagi layanan yang very tip top la, selalunya kan bila kita dah bayar diorg just letak atas counter tu je kan, but pekerja butik ini telah ambil beg ni dan berdiri sebelah counter n serahkan sambil bercakap thank you madam terkesima mak nyah hu hu hu but i likeeeeeeeeeeeee. So boleh la shopping kat sini lagi.
ermm Danish biasala dengan aktiviti lasak dia tak boleh duduk diam
i luv u la honey he he he tetiba gatal kan ha ha ha

with my girls tak sangka kebetulan semua pakai baju merah hari tu
ishh budak ni nakal tau bila nak ambil gambar dia wat muka camtu geram betul
with my hero
ermm ada org mengidam nak ice blended so belikan la kang monyok lak muka diorg
tempat ke2 celebrate Carl's Junior
dah kelaparan

Friday, October 9, 2009
Khas untuk Danish Hidayat,
10/10/2007 akhirnya seorang putera telah dilahirkan di dalam keluarga kita, masih tidak bernama sehingga seminggu lahir baru la mama n papa dapatkan nama yang sesuai dan saat itu la putera ini dinamakan Danish Hidayat, itu yang terbaik daripada kami. Berbeza dengan kelahiran kakak2 dan arwah abang Danish kerana Danish lahir agak istimewa kerana Danish dipilih untuk keluar melalui pembedahan. Masa berlalu begitu pantas dari 2 jari tapak kaki, now Danish sudah boleh berlari dan berkata sedikit2 perkataan. Kami sekeluarga mendoakan Danish Hidayat menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga video ini menjadi kenangan yang terbaik untuk tatapan Danish. Selamat Hari Jadi yang ke 2 Danish Hidayat

sticky mode ye new entry dekat bawah, itupun kalau ada sbb tengah busy sangat ni
Monday, October 5, 2009
Rancangan TV raya
Ok hari ni nak cerita pasal rancangan tv raya pulak. Hari tu mata tak berapa mengantuk lagi, so boring2 tukar la every channel entah camne terbukak le channel 105 astro prima rancangan khas hari raya Nabil ala raja lawak tu, kitorang pun layan la. Lawak gila tetamu jemputan dia tu Badul, din beramboi, heliza af dan lg sorg tu tak ingat la nama dia. Aku dgn hubby tergelak tak ingat dah memang best la diorang ni.

Lagi satu rancangan yang membuat aku insaf adalah drama yang ditayang di astro 106 Jangan di lukai hati ini pelakon dia Safura cerita lama ni diulang balik tapi first time aku tengok la. Kisah seorang ibu yang menderita ketika nazak akibat dari menyumpah anak perempuan dia anak sial dan tidak menghalalkan susu badan dan makan minum terhadap anak perempuan dia dan telah menghalau anak dia supaya tidak jejak rumah dia walaupun dia mati. Drama ni arahan Along Kamalolzaman. Sangat berkesan la cerita ni dekat aku supaya aku lebih berhati-hati untuk menutur setiap kata terhadap anak2. Kepada ibu2 semua tiada anak yang kita lahirkan adalah tidak bertuah mereka adalah rezeki kita dan mereka juga amanah Allah kepada kita untuk menjaga mereka. Hope kita menjadi ibu dan bapa mithali kepada anak2 kita.'

Subscribe to:
Posts (Atom)