Wednesday, September 14, 2011

selagi buka mata kerja....kerja...kerja

Itu la hidup kita kan selagi celik mata dan dikurniakan kesihatan yang baik kita akan cari rezeki tanpa berhenti ye la untuk sapakan untuk family kita jugak yang penting kita ikhlas betul tak. Kami kat department academic dah mula sibuk hrmm mcmana ek mood raya masih ada keje lak dah mula berlambak, dengan mesyuarat, worksyop, dan macam2 lagi la, huhuhu. so aku nak wish happy working la kat u all ek walaupun dah tengah minggu. Aku akhiri entry ini dengan gambor yang konon2 busy la ye.


oh tak sabarnye tunggu hari Jumaat kan


Monday, September 12, 2011

Cerita-cerita hari raya yang lain

Raya ke 3
duduk rumah mak je golek-golek menanti tetamu datang ada 2 tetamu datang cousin aku dgn kawan baik aku dari tadika sampai la ni lama kitorg berkawan, tiap2 thn dorg dtg tak pernah mis, mak aku masak mee goreng je, ye la pasar tak de apa2 lagi apa yang ada je la.

sebelah malam kawan2 adik aku lak datang, bila kawan2 dia sampai je aku anak beranak keluar ke klang cari mamak lepak.
menghabiskan bunga api

Raya ke 4
aku g rumah kawan aku pulak kira berbalas kunjungan la, balik tu mak masak lagi, yg ni aku tak tolong sebab qada' tidur sebab aku tidur lambat sebab apa tau layan nora elena punya citer sampai pukul 4 pagi, hehehehe ye ye ye aku tau aku ketinggalan zaman.

Raya ke 5
sob sob sob sedih hari terakhir dekat umah mak petang tu husband aku ajak balik ye la hari ahad tu macam2 nak buat nak gosok baju sekolah, kasut sekolah, susun buku la, macam2 la. Patutnya jumaat lagi aku da balik tapi cousin2(anak buah sebelah abah) nak datang rumah mak, jadi aku tangguh balik lepas diorg datang. Kitorg jamu dorang makan laksa johor dgn kuih lopes, tak menang tangan la aku busy dari pagi siapkan bahan2 tu semua. Emak memang hebat campak sana campak sini dah siap pukul 1 dah ready semua. Lepas dorang balik giliran kitorang pulak balik ke pangkal jalan. Pukul 6 petang gerak la kitorg anak beranak, yg danish mengamuk2 tak nak balik ye la dah sedap duduk rumah nenek kan. alhamdulillah pukul 8 malam kitorang pun sampai la rumah.


menu raya ke 5

Raya ke 6
pukul 11 pagi dah gerak dari rumah g rumah kawan aku, wife dia baru bersalin finally dpt gegirl tu yang teruja nak g melawat aka beraya la. Kat rumah dia mak dia dah siap2 masak mee kari nak tolak pun tak boleh ye la org nak menjamu kita kan. Lepas tu terus gerak raya ke rumah adik ipar pun makan jugak dia hidangkan nasi dgn ayam masak merah. Pukul 2.30 gerak ke rumah pak cik husband aku dijamu lagi dgn nasi impit, kuah kacang, dgn rendang wow perut sangat penuh plan utk beraya ke rumah saudara terpaksa dibatalkan tak larat baru 3 rumah. Dalam pukul 4 sampai rumah ternampak org yg jaga Danish terus cakap dgn dia lepas maghrib kitorg nak beraya rumah dia sbb nak raya masa tu dah tak larat kan.

Malam tu sambung rumah beraya ke rumah orang yang jaga Danish dijamu dengan spaghetti goreng dgn daging goreng satay, lama lepak rumah dia borak2 makan2, lepas tu ke nilai impian rumah dua pupu husband, borak2 makan2 dah pukul 11 pm then balik la rumah dgn perut yg sangat penuh.

Raya ke 7
Lepas maghrib pergi la kitorg ke rumah nenek sedara & pak cik2 husband aku gitu gini kul 11 pm jugak balik rumah. Kesimpulan raya memang tak pernah cukup tidur keluar pagi balik malam huhuhu nama pun sethn sekali kan.

Raya ke 8
dah start puasa ganti dan puasa 6,.

Begitula cerita raya aku dan family untuk tahun ini. Sekali harung aku update kan ye la kang lepas2 ni dah mula sibuk dengan kerja entah berupdate ke tak la blog ni hopefully kerajinan aku mengupdate blog ni berterusan la kan. Korang jangan bosan ye teruskan membaca k.

Friday, September 9, 2011

2 Syawal 2011

Ok sekarang kita cerita raya ke 2,

Kitorang pakat turun Muar rumah adik abah tak tidur pun sana balik hari je, gerak pukul 9 pagi berhenti kat hentian dengkil untuk sarapan nasib baik tak berenti rnr seremban ramai orang, masuk je nilai dah mula jammed sampai la Senawang lepas tu clear, adik aku ajak berhentik rnr ayer keroh dia mengantuk berenti la lagi kat ayer keroh. dalam 1/2 jam rehat gerak balik alhamdulillah jalan clear. Bila nak masuk tol pagoh umangai jammed ko adoi terperangkap almost 1 hour jugak la itu dekat tol je, rupa2nya TPM buat open house no wonder la, last2 dalam pukul 2 sampai la rumah mak cik kami.

Kebetulan sampai akak abah aku anak beranak tengah makan tak sangka pulak jumpa kat situ, sebab tak plan pun, jadi bertambah meriah la, makcik aku sajikan asam pedas ikan tenggiri, sambal tempoyak dgn ulam2, daging masak kicap, sepupu aku lak masak laksam perghhh dah lepas mengadap jammed dapat makan fuh nikmat.

lepas tu dah rehat2 pukul 4 kitorg gerak ke kubur arwah nenek n atok aku, aku tak dapat g sbb tengah bercuti jd pandang je la dari jauh diam tak diam hampir 22 tahun diorg meninggalkan dunia yang fana ni. Al-Fatihah..

Balik kitorg ikut Melaka fuh ramai nya orang yang lagi best bila lalu kat zoo ramai orang kita beraya kat situ terdetik jugak kat hati eh diorg ni tak raya ke, hrmm ragam orang kan. Keluar dari ayer keroh jalan clear tapi bila sampai senawang oooi jammed lagi sampai ke nilai ko fuh letih duduk dalam kereta, kitorg amik keputusan balik rumah aku kat nilai, suruh diorg mandi2 n rehat sambil tu aku masak la apa yang ada kat dapur tu kan. Aku masak sambal sardin, ikan kembung goreng taucu, ikan tamban goreng, telur dadar, hehehe licin licau kesian dorang sampai aku masak lagi nasi tapi lauk da habis sbb aku tak top up apa2 lagi kat dlm peti ais.

Itu la cerita raya ke 2 kami, sekarang layan la gambar2 kat bawah, tak banyak amik pun sebab kefenatan menempuh jammed.

ni kat ayer keroh lepak kat BR sejuk sikit, aku still kekal dengan warna merah tp kali ni white n red

menikmati ice cream yang sejuk ketika cuaca panas

yb

ha tengok tu punya la panjang

sampai je terus ngap

mak macam biasa bila amik gambar je wat2 tak pandang camera

kubur di jalan bakri yang menempatkan arwah atok n nenek serta saudara mara aku yang lain. Al-Fatihah untuk mereka

di akhiri dengan jammed di senawang

lepas ni update citer2 lain tp still dalam mood raya lagi hope korang tak bosan hehehhee.