Monday, September 12, 2011

Cerita-cerita hari raya yang lain

Raya ke 3
duduk rumah mak je golek-golek menanti tetamu datang ada 2 tetamu datang cousin aku dgn kawan baik aku dari tadika sampai la ni lama kitorg berkawan, tiap2 thn dorg dtg tak pernah mis, mak aku masak mee goreng je, ye la pasar tak de apa2 lagi apa yang ada je la.

sebelah malam kawan2 adik aku lak datang, bila kawan2 dia sampai je aku anak beranak keluar ke klang cari mamak lepak.
menghabiskan bunga api

Raya ke 4
aku g rumah kawan aku pulak kira berbalas kunjungan la, balik tu mak masak lagi, yg ni aku tak tolong sebab qada' tidur sebab aku tidur lambat sebab apa tau layan nora elena punya citer sampai pukul 4 pagi, hehehehe ye ye ye aku tau aku ketinggalan zaman.

Raya ke 5
sob sob sob sedih hari terakhir dekat umah mak petang tu husband aku ajak balik ye la hari ahad tu macam2 nak buat nak gosok baju sekolah, kasut sekolah, susun buku la, macam2 la. Patutnya jumaat lagi aku da balik tapi cousin2(anak buah sebelah abah) nak datang rumah mak, jadi aku tangguh balik lepas diorg datang. Kitorg jamu dorang makan laksa johor dgn kuih lopes, tak menang tangan la aku busy dari pagi siapkan bahan2 tu semua. Emak memang hebat campak sana campak sini dah siap pukul 1 dah ready semua. Lepas dorang balik giliran kitorang pulak balik ke pangkal jalan. Pukul 6 petang gerak la kitorg anak beranak, yg danish mengamuk2 tak nak balik ye la dah sedap duduk rumah nenek kan. alhamdulillah pukul 8 malam kitorang pun sampai la rumah.


menu raya ke 5

Raya ke 6
pukul 11 pagi dah gerak dari rumah g rumah kawan aku, wife dia baru bersalin finally dpt gegirl tu yang teruja nak g melawat aka beraya la. Kat rumah dia mak dia dah siap2 masak mee kari nak tolak pun tak boleh ye la org nak menjamu kita kan. Lepas tu terus gerak raya ke rumah adik ipar pun makan jugak dia hidangkan nasi dgn ayam masak merah. Pukul 2.30 gerak ke rumah pak cik husband aku dijamu lagi dgn nasi impit, kuah kacang, dgn rendang wow perut sangat penuh plan utk beraya ke rumah saudara terpaksa dibatalkan tak larat baru 3 rumah. Dalam pukul 4 sampai rumah ternampak org yg jaga Danish terus cakap dgn dia lepas maghrib kitorg nak beraya rumah dia sbb nak raya masa tu dah tak larat kan.

Malam tu sambung rumah beraya ke rumah orang yang jaga Danish dijamu dengan spaghetti goreng dgn daging goreng satay, lama lepak rumah dia borak2 makan2, lepas tu ke nilai impian rumah dua pupu husband, borak2 makan2 dah pukul 11 pm then balik la rumah dgn perut yg sangat penuh.

Raya ke 7
Lepas maghrib pergi la kitorg ke rumah nenek sedara & pak cik2 husband aku gitu gini kul 11 pm jugak balik rumah. Kesimpulan raya memang tak pernah cukup tidur keluar pagi balik malam huhuhu nama pun sethn sekali kan.

Raya ke 8
dah start puasa ganti dan puasa 6,.

Begitula cerita raya aku dan family untuk tahun ini. Sekali harung aku update kan ye la kang lepas2 ni dah mula sibuk dengan kerja entah berupdate ke tak la blog ni hopefully kerajinan aku mengupdate blog ni berterusan la kan. Korang jangan bosan ye teruskan membaca k.

No comments: