Thursday, May 28, 2009

Ikhlas ke Kita Berkawan

Tajuk agak emo sikit ye kengkawan dan kena berfikir sedikit,

Pernah tak kita terfikir adakah kita ikhlas berkawan tak kisah la kawan office ke housmate, ataupun kawan dari cyber. Adakah kita berkawan sebab nak glamour, kongsi maklumat ataupun untuk cari pengaruh. Lagi satu perlukah ada garis panduan untuk berkawan, seperti nak berkawan dengan orang yang pakai kereta yang best, pakaian dari kedai jenama, makan di tempat2 yang kelas, ermm kalau ada orang macam ni la tak tahu la aku nak kata. Benda ni berlaku ye tapi kita tak perasan atau buat2 tak perasan.

Bagi aku berkawan dengan sesiapa pun boleh tapi jangan la dengan orang yang memang kita dah tau background tak elok kang tak pasal2 kita dipengaruhi. Lagi satu kalau kita nak berkawan tak perlu la nak burukkan orang lain itu bukan cara yang betul, ada setengah orang nak cari pengaruh dia akan guna taktik ini. Paling buruk depan manis muka mulut semuanya manis belaka tapi belakang kita ditikam habis-habisan, kepada orang yang macam ni tau tak perangai yang anda ikuti ini perangai yahudi Nauzubillah di jauhkan la ye, kita semua. Kalau dekat office sampai bila kita nak burukkan orang, sebab kita semua saling berkaitan lagi pun masing2 dah kahwin dah jadi mak mak orang fikiran dah matang tak payah la buat2 perangai yang macam budak2 sekolah.

Conclusion, terpulang pada kita untuk menilai sendiri macamana kita nak berkawan. Perkara ni aku tak tujukan kepada sesiapa pun just untuk mengingati diri sendiri. Kepada anak2 mama kalau terbaca artikel ini ingatla walaumacamana tinggi la kita berkawan la dengan semua orang tak rugi pun. Bak kata ibuhani In life we have to choose......n...choices are only between two things.
fikir2 kan la ye


5 comments:

PuTeRi BoNgSu said...

amboiiiiiiiii...
kemain lg tajuk. kemain emo ko yer..

tapi mmg betul, klu kita bkawan biarlah ikhlas sesama kita.kita perlu bijak dlm memilih kwn yg blh sm2 bkongsi suka & duka. zaman skrg kwn ketawa mmg ramai, tapi antara yg ramai tu sapa yg sanggup bkongsi duka gan kita.

renung-renungkan & slmt beramal..cam ustazahlah plk

Ibuhani said...

You will get back what you have given to others.......nak anak2 yg baik ...mak bapak pun kena jd baik...itu nasihat kak ani pd smua....he3...mcm bagus je aku ni...

CiNta mYra said...

pada akak, x kire la sape pun kawan kite, yg penting kite tau & kenal sape diri kite sebenarnya. kawan ramai nie best! byk bende leh share & tau.. kite dh besar n bleh pk, so kene pndai judge mn yg ok, kite follow, yg x ok, kite jdkn sempadan & amek iktibar.. ceewaahh!!! heheh..
Klu terkene ng 'kwn yg mcm tut..', xpe.. Allah ada. Kemenangan & kebenaran selalunya berpihak pada org² yg sabar. Sekian, wassalamu.. (^_^) hik hik hik..

EmBuN PaGi said...

salam..
touchy siot tajuk kak lin nih..hihi..mcm taw je..yang taw..taw la...yang xtaw..xtaw la...hahaha..betol kata ustazah puteri bongsu tu..tapi secara peribadi embun pagi xsuka ada kawan rapat..makna kata biar kawan dengan semua orang...sebab kalau rapat berdua xpe..tapi kalau rapat ber 3,ber 4, ber 5, ber 6, mahupon ber 7,hahah..banyak la ber aku nih...hahah..kerapatan (mcm nama jamu jek..haha) tu xakan kekal lama..akan ada salah seorang atau salah dua orang (wakakaka) akan berpalin tadah (mcm komunis lak)..itu la pndangan embun pagi yang masih cetek tentang erti sahabat ni..betol x ustazah puteri bongsu?.hahaha

danishahumaira said...

to pu3-yep memang susah tp kita tak boleh paksa org suka dgn kita,asalkan kita tak calarkan hati diorang udah ler

to ibuhani-nasihat dan tunjuk ajar dr mu akan ku praktikkan

to cinta myra-betul tu kak, sy suka pandangan akak

to embun-he he he setiap org ada persepsi tersendiri,biarla org buat kita, asalkan kita tak usik orang tu, apapun bulan ni wallet mu tebal ha ha ha