Wednesday, July 22, 2009

J card member


15-16 July hari tu ada J card member sale kat Jusco Mid Valley. Saya dan hubby telah berpakat untuk ambil cuti halfday pada 16/7. Sampai sana tau je la kalau tengahari parking macam haram berpusing-pusing dekat 1/2 jam kat dalam tu, last2 my hubby turunkan saya dulu dia tau bini dia dah tak boleh tahan untuk bershopping ha ha ha

Masuk je Jusco tu ramai nye umat terus mood nak shopping kendur, pening kepala tengok ramai orang, tempat tumpuan orang kat baju budak2. Tapi dah sampaikan takkan pandang je, pergi la selit2 kat Seed pilih punya pilih dapat baju and seluar sikakak n adik, pegi la pulak Kiko, tanya amoi tu baju untuk stock raya ada tak dia ckp ada tapi 10% je discount ok la dekat Kiko je dapat la baju Danish 2 pasang, kakak dgn adik pun dapat sorang sepasang. Amoi kat Kiko tu cakap sapa beli baju rm 180 kat Kiko dapat free 2 mug, ha yo la beli rm 180 dapat mug harga 3-4 hengget, anyway suka sangat. Kat Miki Kids my hubby minat satu blouse tu terus dia angkat untuk si kakak n adik, ingat untuk raya tapi tak sempat pun dah pakai dah.

Lepast beli baju mak bapak diorang pulak, saya dapat la 2 kemeja dan sepasang kasut untuk kerja, my hubby pulak dapat 1 kemeja untuk raya.
papa punya dlm paper beg tu kami punya dalam plastic hijau je he he he
sebahagian lagi
ini la mug yg dibagi tu

masa member sale tu Jusco bg voucher rm 10 setiap pembelian rm 100 so dapat la 70 hengget voucher

nota: misi seterusnya baju kurung n baju melayu serta kasut budak2



4 comments:

::@FiQ said...

waa da stat soping moping da?

danishahumaira said...

he he he anak ramai dik tu yg beli awal2, korg bujang last minute pun boleh belasah

Tirana said...

Wow..dah shopping untuk raya ke? Aduhai..sedapnya..

danishahumaira said...

sekali senang la kak Tirana, kesian pulak budak2 tau2 je la bulan puasa lembik diorg, kita yg tua ni pun rasa lembik he he he