Wednesday, July 29, 2009

Mabuk Tidur


Semalam puasa, bila puasa mula la rasa letih sangat, biasa la kat ofis sibuk melayan karenah student dan staff yang keluar masuk, serta dokumen yang perlu diselesaikan. Masa lunch pun wat keje tau (kalau tak naik pangkat tak tau ler he he he-berangan la ko lynn). Tengok2 jam dah kul 5 petang, cepat betul masa berjalan.

Balik hantar kakak pergi mengaji singgah pasar konon nak masak, my hubby tengok muka lembik je, terus dia cakap tak yah masak la beli je, orang dah bagi peluang jangan tolak he he he, beli bakso je kata tak nak makan nasi kan......hu hu hu.

Balik basuh la ikan n ayam yg telah dibeli kat pasar tadi . Menyiang dan membasuh ayam dah nak pukul 7.20, Cepat2 naik atas mandi nak kejar waktu berbuka he he he. Siap mandi je azan berkumandang menandakan waktu maghrib dan berbuka la aku dengan bakso dan air soya.
Ingat nak solat kat bawah je, tapi kakak tengah solat malas nak tunggu, terus naik atas solat, badan masa tu memang letih, so lepas solat baring la kejap, lepas tu tertidur tau2 je alarm kat handphone berbunyi hu hu hu jeng jeng jeng kul berapa ek ha what........... amik ko pukul 4.00 pagi, tergesa-gesa la aku pegi wuduk untuk solat isyak(ya allah ampunkan la hambamu ini). Mata dah segar terus la sahur dan tak tidur sampai la sekarang.

8 comments:

w.a.n.n.a said...

akak sama la ngan wanna..
hari senin tue wanna pon posa..
ingt pas dh sembahyang maghrib 2 nk tido kejap la..
sekali ambek ko..t'jaga pukul 5.00 pg..tak sedar langsung tido..
bom bunyik kat sebelah pon belum tentu lagik nk bangun..hehehe

PuTeRi BoNgSu said...

letih sgt tu smpi tak sedar. ni klu gempa bumi pon ko tak sedar ni.

klu aku jadi laki ko, dah lama aku angkat letak kt luar umah. mesti ko tak sedar punya..wakaka..

Ibuhani said...

belum bulan puasa tu.....jgn masa bulan puasa kau tido sampai habis imsyak sudah.......!

danishahumaira said...

to wanna - tu la, x sedar langsung, penat banget he he he,

to pu3 - memang pun tak sedar langsung

to ibuhani - jgn kak sian anak saya nak puasa, dalam 1 bulan tu mesti ada tersasar la

mummysya said...

samalah dengan Kin nie lynn, tido ajer kan.....

masaklah kalo bulan posa pun gini, maunya tak buka.....

danishahumaira said...

itu la kin, bulan puasa ni sedap tidur he he he, masa ada maid dulu best tau2 je da ada menu berbuka he he he he

mummyseri said...

seri lak..mase tgh memula preggy yg ke 2 dulu yg dok tgh uwek2 tuh kena time bln puasa..adusss mmg mabok tido..kat uma tido smpai opis tido lam kete tido..iskhhh asyik tido je la..i/allah next puase thn ni xde lagi mabok tido kot...:)

danishahumaira said...

mummyseri ye la sama la kita masa akak pregnant yg first pun mcm tu jugak he he he