Tuesday, March 24, 2009

Cerita 2 minggu yg x beshh

Salam kepada semua pembaca blog,

2 minggu yang lepas bermula pada hari Khamis 12/3 aku telah diserang demam, menggigil-gigil petang tu terus g Hospital An-Nur(ni mmg hospital favourite bila sakit), terserempak dgn puteri bongsu, tapi masa tu dah tak larat nak berborak. Jumpa Dr Nor Filzah(ni pun favourite dr jugak) dia amik temperature sah aku memang demam. Dr cakap 3 hari tak ok kena dtg amik darah.

Pagi Jumaat 13/3 since kul 6 pagi sampai kul 11 pagi aku muntah-muntah, hubby terus ajak g An Nur, sampai An Nur jumpa Dr Razman (salah sorg dr favourite jugak ni), terus amik darah bila test result darah ok lagi. Terus balik Klang amik adik aku (penjaga anak2ku semasa cuti sekolah bergaji ok mana ada free sekarang). Masih muntah2 lagi

Hari Sabtu 14/3 still lg terbaring atas katil, hubby ajak g klinik malas la, badan tak larat nk bangun, yg sakit ati malam tu dia sempat pegi tengok bola (liverpool vs MU) kat umah member dia, dalam sakit2 tu berangin la jugak. Sms adik ipar and puteri bongsu kononnye mengadula he he he.

Hari Ahad lagi la tak best, macam2 benda terjadi hari tu, pagi tu si kakak turun dari atas panggil papa dia "papa dagu kakak berdarah" ingatkan kecik je la ha amik ko besar koyaknya dia jatuh kat bilik air dagu tersangkut kat mangkuk tandas, aku yg sedia pening tu bertambah pening la, pergi la dia dua beradik and bapak dia g An Nur untuk makluman korang semua staff An Nur dari cleaner sampai Dr da kenal dengan kitorg hu hu hu. Balik tu my hubby citer dagu si kakak kena 4 jahitan, ala kak da kurang 10,000 duit hantaran. Ingatkan abis takat tu je kul 6.30 dapat khabar berita yang adik ipar ku keguguran pulak, sebelum ni dia citer bleeding tapi dia da g semua klinik semua Dr ckp normal, last2 malam minggu tu dia rasa sakit and hari ahad dia g KPJ Kajang Dr sahkan dia gugur, hai tak de rezeki nak timang anak buah, tak per Fara cuba lagi korang masih muda.

Kemuncak cerita aku pada hari selasa 17/3 pagi aku muntah2 pukul 1 pagi pastu aku rasa satu badan rasa sakit yang amat sangat pagi tu kononnya nk pegi keje tapi badan lemah sangat terus pergi An Nur, bila citer kat Dr terus Dr amik darah and test dan resultnya darah aku dari 200 turun ke 80 apalagi terus warded la sampai hari Jumaat 20/3. kepada teman-teman di ofis terima kasih kerana sudi datang melawat, tak sangka lak lecturer2 dept aku ramai datang termasukla one of my boss (ada 2 bos sorg lg tak sempat datang busy) . Terima kasih kepada puteri bongsu sebab tolong sampaikan berita kepada seksyen aku dan rakan2 yang lain dia siap update lagi dlm blog. thank you jugak kepada Ainul Yaqeen dan staff baru TF Mashfu'ah kerana sudi datang melawat walaupun penat diorang baru balik dari Penang menggantikan aku yang tak sihat(suppose aku yang kena pegi tapi apakan daya).

Hari ini 24/3 aku pergi follow up Dr cakap darah aku sudah kembali ke paras normal cuma sendi-sendi aku masih sengal lagi, aku tak boleh berdiri lama sangat sbb bila lama sikit mula la pitam and tak bestnya masa ni la migrain aku datang. Dr bagi aku mc sampai hari selasa depan 31/3 ini bukan berehat lagi namanya suruh pergi melancong ha ha ha. Ok kepada member2 blog i miss you all. Doakan saya cepat sembuh k. Jumpa next week. c u when i c u.

3 comments:

ibu/ani said...

cian dia....rehat cukup...nanti dah sihat, kita gi cuti eh.....

PuTeRi BoNgSu said...

amboiiiiiiiiiiiiiiii ada hati nk g bcuti..sihatkan bdn btl2, dah sihat ko nk g bulan, bintang pon blh..hahaha

CiNta mYra said...

rest cukup2 eik.. nk g melancong??? larat ke masalahnyer..?? hehehe.. tp klu g pon ape salahnyer.. moga cepat sembuh ye, ameen..