Friday, July 3, 2009

Hari Tandatangan Kad Kemajuan

Irdina Farisya(kiri), bersama rakannya Nor Hazwani

Salam untuk semua pembaca blog,

Pagi tadi kami suami isteri telah ke sekolah Irdina Farisya untuk menandatangani kad kemajuan dia. Dari hari kami dapat surat dari pihak sekolah yang suruh ibubapa pergi ke sekolah sehinggala pagi tadi dup dap dup berdebar hati kami, walaupun dah tau markah2 yang kakak dapat, tapi hati tertanya-tanya dia dapat nombor berapa dalam kelas, attitude dia di sekolah dan bermacam-macam lagi la ye la kali pertama jumpa guru kelas mestila nak tau macam2, betul tak. Malam semalam hinggala pagi ni si kakak warning kitorang suruh datang awal supaya dia pun boleh balik awal. Ermm bukan kita je suka balik awal budak pun sukakan.

Masa kami menunggu tu tak ramai parents lain, dan cikgu yang bertugas 2 orang iaitu guru kelas pagi dan petang, tak de la kami tunggu lama. Bila sampai giliran kami cikgu tu tunjuk kad kemajuan sambil beritahu yang Irdina Farisya ni seorang yang bagus, dalam kelas bagi perhatian yang penuh walaupun duduk di belakang sekali, time belajar dia belajar n concentrate, dan selalu habiskan kerja rumah di sekolah. Patutla bila balik tanya ada homework, tak da mama, macam pelik la kan, rupanya da siap kat sekolah.

Irdina Farisya telah dapat nombor 3 dari 39 orang. Alhamdulillah. Sekolah pagi pada keseluruhan dari segi akademik dia dapat gred A , sekolah petang pula pada keseluruhan dia dapat gred "Jaid Jeddan". Jaid Jeddan ni gred B. Susahnya nak dapat Mumtaz(gred A). Kakak dapat semua subjek sekolah petang dalam 80 ke atas kecuali hafazan dan Al Quran dia dapat gred Mumtaz. Saya tanya kawan, dia cakap nak dapat A mesti dapat 90 keatas baru la dapat gred Mumtaz, yang kami ingat 80 and above tu gred A la rupanya B. tak pe la kakak anyway you make us proud againts.

Tahniah kepada kakak semoga kakak teruskan usaha kakak dan perbaiki lagi kelemahan2 yang ada dan jangan lupa adik2. Jadikan diri kakak contoh yang baik kepada adik-adik. We love you.........

2 comments:

Tirana said...

Tahniah Irdina Farisya...semoga akan terus berjaya..

danishahumaira said...

thank you cikgu Tirana