Wednesday, July 15, 2009

Kisah satu hari di hari Sabtu

salam untuk semua pembaca blog ini,

Nak juga updatekan, boring gak bukak2 blog entry yg sama kan he he he nasib baik penghantar msg suruh update tengah bercuti kat Bandung. Nak cerita hari Sabtu lepas hari itu dalam sejarah kitorang tak keluar dari rumah, x pergi mana2 sebab apa, hari Ahad saya kerja, pendaftaran student baru dan Adik pulak ada sukan (kesian dia first time sukan, mama tak de pulak).

Dari pukul 7.30 pagi duduk dapur sampai la pukul 12.30 hari saya duduk dapur, buat apa.... masak breakfast n lunch la apalagi, my hubby lak basuh baju, anak2 dibenarkan menonton TV selepas selesai buat homework, dari hari Isnin sampai Jumaat, kami lock rancangan kartun sbb nak diorang tumpukan homework n baca buku. Saya dan Hubby terpaksa keraskan hati dari mendengar rayuan mereka untuk tonton TV, Sorry ye anak2 kalau cuti takpe.

You all nak tengok hasil selama 5 jam
saya duduk di dapur ye he he he

lempeng @ omputeh panggil pancake he he he
suggestion from my hubby nak cicah lempeng dgn sambal sotong, so masak la kan, settle breakfast jom tengok menu utk lunch

padprik daging + udang
kari ikan + bende +tomato

wajib ada ikan goreng
sayur bayam masak air khas untuk anak2 tercinta

2 comments:

Ibuhani said...

kak ani suka lempeng cicah sambal sardin...he..he

YaQeen Ahmad said...

Kami sekeluarga di Johor suka makan lempeng cicah sambal tumis hijau.