Tuesday, July 21, 2009

Lembik

Semalam rasa lembik sangat, rasa nak merangkak je dah tak larat sangat, kenapa..................sebab semalam dari pukul 7.30am hingga pukul 4 petang menguruskan jadual waktu pelajar, sepatutnya mereka dah boleh access online akan tetapi ada masalah teknikal, jadi terpaksa la saya uruskan, carikan jadual lecturer cari kelas2 mereka, tengah2 cari kelas mereka terjumpa satu masalah lagi jadual lecturer clash pulak sampai 4 orang lecturer mengajar 1 group pada masa yang sama. Aduhhhhhhhhh, stress betul. Nasib baik puasa semalam jadi masih boleh bersabar. Kesian kat student baru semalam kelas semua terpaksa dibatalkan, cuma ada beberapa kelas yang boleh dijalankan itupun pelajar2 lama sahaja. Yang buat saya geram sistem baru ni saya sebagai administrator tak boleh access untuk melihat jadual waktu lecturer dan pelajar, kalau ada masalah pelajar dan lecturer akan mencari saya dulu, ermm entah la. Alhamdulillah semalam dalam pukul 3.30 petang saya dapat edar jadual waktu tu kepada pelajar walaupun jadual tu masih berserabut.

Ingatkan balik tu nak masak untuk berbuka tapi tak larat sangat, my hubby pun ajak la berbuka kat luar, kesian kat dia smlm pun dia puasa, tapi nak buat camna, cuma sempat buat nescafe n goreng nugget dan sosej untuk berbuka lepas maghrib terus pergi kedai makan. Balik tu ingat nak gosok baju tapi mata dah tak boleh angkat terus zzzzzzzzzzzzzzzz.

3 comments:

Ibuhani said...

mcm ju-won lak.....merangkak? huhu..lembik sgt2 tu...sian Lin.

PuTeRi BoNgSu said...

Bwk byk bsabar ya buk..

danishahumaira said...

to ibuhani n pu3, memang lembik sangat smlm hampir2 tak larat nk drive kebetulan lak kena drive aduhhhhhhh