Friday, November 4, 2011

Ikan Bakar Petai

Sesiapa yang pernah ke Tanjung Lumpur diorg mesti tau pasal kedai makan ni. Sekarang dorang bukak cawangan kat Bdr. Baru Bangi sederet dengan Balai Bomba, bertentangan dengan kilang Sony, kalo dari tol korang kena u turn ek, jgn lak korang nak cepat masuk kat laluan bomba bahaya ok,

Specialty of course le ikan bakar letak petai, not bad la boleh diterima tekak, harga aku amik tomyam, ikan pari bakar, sotong tepung, sayur kailan ikan masin, nasi putih dan air RM 60 hrmm rasanya mahal kot tp kalo korg g Kuantan masih murah lagi. Kedai ni bukak pukul 5 pm, yang bestnya dorg provide surau so sapa2 yang balik kerja tak yah la blk rumah korang boleh makan dan solat kat situ jd tak kelam kabut kan. Sebab apa aku cakap mcm ni kalo korg datang pukul 8 kedai ni dah mula dibanjiri orang. Bila dah ramai paham2 je la serve pun lambat la. Eh melalut lak aku ni jom2 layan gambar.


ni la menu2 dan harga

masa makan tu tak selesa sangat sebab byk lalat lak,

ha ni le dia rupa ikan pari bakar petai, kuah pencicah dia pun sedap

So tak yah la korg nak ke Tanjung Lumpur semata-mata nak makan ni, kat Bandar Baru Bangi pun dah ada cawangannya.


4 comments:

LydSunshine said...

Tapi apa nama kedainya?

nadyia mancetero said...

kene pergi gak ni....terliur..

danishahumaira said...

hi lydsunshine, nama kedainya ana ikan bakar petai,

nadia ko kan hantu petai, wajib pegi

PuTeRi BoNgSu said...

yummy...dapnya.
tapi sotong goreng tepung dia kurang "kick"..