Monday, February 16, 2009

Ada Apa Pada 15 Februari

15 Februari yep tarikh itu datang lagi, tarikh keramat kepada kami berdua. Pada tarikh 15 Februari 2002 selepas solat Asar dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku. Tahun ini genap 7 tahun usia perkahwinan kami sama usia dengan anak perempuan kami yang sulung. Pelbagai dugaan kami harungi bersama. Semoga kasih sayang kami ini kekal abadi. Kepada suamiku, terimakasih kerana menjadi suami yang penyayang dan bapa yang perihatin terhadap anak-anak kita. Thank you so much and love you.................

Oleh kerana suami aku pergi outstation ke Bintulu pada hari Ahad 15/2, lagi sekali aku terpaksa awalkan untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami (cuma kami anak beranak je), pada hari Sabtu 14/2 lepas aku telah menyediakan resipi black pepper steak. Ini kali pertama aku masak steak alhamdulillah percubaan pertama menjadi he he he, lepas ni kalau teringin makan steak boleh la masak sendiri. Mentang-mentang masak sendiri nak gravy lebih, mayonis lebih semuanya lebih akhirnya sampai malam kekenyangan.

Bahan-bahan untuk marinated boleh dapat kat kedai Yummies Bakery sederet dengan kedai Manjaku Seksyen Bandar Baru Bangi, daging pulak boleh beli dekat Giant, Carefour, pilih daging yang khas untuk masak steak.

nyam nyam
hampir masak

da siap untuk dimakan

3 comments:

exa_belle said...

Kak lin Happy anniversary.. semoga kaklin dan suami bahagia ke akhir hayat disamping anak anak tersayang.

exa_belle said...

kak lin happy anniversary.. semoga kak lin dan suami bahagia hingga ke akhir hayat di samping anak anak tersayang.

danishahumaira said...

tq so much