Friday, February 20, 2009

Audit oh Audit

Salam untuk semua pembaca blog,

Alhamdulillah akhirnya berakhirla audit untuk department Technical Foundatioan dan France Collaboration Programs mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dapat tau petang Selasa department kami akan diaudit pada pagi jumaat. ermm kelam kabut la masing-masing menyiapkan segala document yang perlukan semasa audit. para lecturer sibuk mengemaskini master file, yang aku pulak sibuk mengutip student attendance dan mengemaskini file, tukar label file dan macam-macam lagi, nasib baik minute meeting da siap.

Pada jam 9.00 am (on time beb), auditor pun datang untuk audit France Collaboration Programs. Bos dgn PC pulak ada meeting dengan delegasi dari France, aduh mampus aku apa aku nak jawab sebab bos tak brief apa-apa pun, dia cakap apa yang ditanya jawab je la. Aku pun dengan muka confident tapi dalam hati degap degup Allah je yang tahu, mula la menjawab apa yang auditor tanya nasib baik dokumen-dokumen yang diperlukan ada bersama aku kecuali master file dan exam paper validation je tak de itu terpaksa la rujuk dengan bos.

Setelah 2 jam aku di interview dek auditor ni pergi la pulak ke Technical Foundation, bos TF minta aku hadir sama untuk sesi ni pulak, hai letihnya degupan jantung tadi pun tak habis lagi. Aku lebih concentrate dengan TF ni lebih-lebih lagi untuk subjek Mandarin akan tetapi sebaliknya auditor cuma tanya 2 soalan je percaya ke tidak aku bermati-matian menyediakan dokumen last2 dia tanya staff development & class observation je, aduhai itu la auditor kan suka hati dia je. sabar je la.

Akhirnya department kami tak dapat CAR pun alhamdulillah.

No comments: