Thursday, February 26, 2009

Syukur Alhamdulillah

Pada malam rabu yang lepas aku keletihan kerana pada siangnya aku sibuk dengan preparation untuk audit. Tepat pukul 9 malam aku ajak anak-anak untuk tidur. Aku pun tidurkan danish, aku hampir melelapkan mata tetapi teringat baju kakak tak gosok lagi aku takut kalau esok pagi aku takut terlambat bangun maklum badan letih, bila Danish dah tidur aku pun bangkit untuk gosok baju sekolah Irdina. keluar je dari bilik aku terbau benda hangit macam ada benda yang terbakar.

Aku pun turun ke bawah buat spot check, pergi dapur tengok termos, periuk nasi, blender semua ok. pergi ruang tamu cek semua ok je. so aku pun buat conclusion ada orang bakar sampah. aku pun meneruskan kerja untuk menggosok baju, tapi hati aku x sedap dan aku pun tergerak hendak call my hubby(kat sarawak) nak tanya pendapat dia, tapi alangkah terperanjatnya aku bila keluar bilik dekat bawah terang benderang dan asap berkepul-kepul.

Ya allah rumah aku terbakar(masa tu tak tau apa yang terbakar) dengan keadaan panik aku sempat call husband tanya apa yang perlu aku buat apa, api makin semarak rupa-rupanya kipas angin lama arwah mak mertua aku terbakar, satu-satu jatuh atas karpet masa tu aku baru teringat untuk ambil air nasib baik switch board utama dah tendang automatik kalau tidak TV dan plug-pug yang berhampiran pun habis terbakar. Setelah 3 baldi air disimbah api pun terpadam, tinggal asap je aku pun bukak pintu and kipas untuk hilangkan asap. Menggigil kepala lutut aku.

Aku duduk sekejap bertafakur cuba bayangkan aku terus tidur Mashaallah, syukur kepada Mu Ya Allah, aku masih dapat bertemu suamiku, masih lagi dapat bergurau senda dengan anak-anak, syukur kerana masih boleh bertemu dengan ibu bapa dan adik beradikku dan masih lagi dapat bertemu dengan rakan-rakan semua. Bila dah selesai semua aku terus ambil wudhuk untuk solat sunat syukur, menitis airmata aku mengingatkan keagungan yang maha Esa yang masih memberi peluang kepada hambaNya untuk meneruskan kehidupan.

Moral of stories jangan lupakan matikan semua plug yang tidak digunakan. Jangan simpan peralatan lama yang boleh mengundang kemalangan. Aku tidak sempat untuk ambil gambar masa api tengah marak tak teringat pun, gambar kat atas tu je yang sempat.

4 comments:

Ibuhani said...

alhamdulillah....x de apa2...

danishahumaira said...

kejadian tu berlaku rabu lepas tak sempat nak update sbb minggu tu busy dengan audit. thank you ibu ani, Allah masih sayangkan kami (menitik airmata ni)

Anonymous said...

Alhamdulillah.. teringat pula kisah saya yang hampir terbakar kerana dapur rumah atuk terbakar.. Syukur kak lin, kita dapat jumpa lagi... nasib kita sama... nasib baik (^_^). Allah sayangkan kita..

danishahumaira said...

tu la qeen alhamdulillah, kalau tidak husband akak tak jumpa lagi kitorang, setiap kali teringat pasal ni hati akak sayu je