Friday, April 3, 2009

1/4-Kawasan Perumahan kena Fogging

Salam untuk pembaca blog,

Tepat pukul 8.30 malam sehingga 10.00 malam, pihak kementerian kesihatan telah datang untuk fogging kawasan perumahan kami, berasapla kawasan rumah kami tu habis diorg sembur sampai dalam rumah. Dekat kawasan rumah kami tu terdapat 3 kes, satu daripadanya meninggal dunia sebab denggi berdarah, alfatihah untuk arwah, kesian anak baru seorang, saya dapat tahu selepas saya keluar wad last 2 weeks, terkejut jugak syukur alhamdulillah saya sudah sihat. Teringat mak cik husband di masukkan ke ICU sebab denggi berdarah tahun 2006, keadaan kritikal sangat platlet dia dah kosong, alhamdulillah dia selamat, sekarang dia kena breast cancer yang telah merebak ke tulang pulak, semoga acik cepat sembuh.

Jom tengok gambar sekitar semburan fogging kat bawah ni tak sah la kan kalau tak de gambar, chek it out.

3 comments:

PuTeRi BoNgSu said...

bkn selalu diorang fogging time maghrib ke??sbb time nilah nyamuk kuar

danishahumaira said...

org tu nak solat maghrib dulu

PuTeRi BoNgSu said...

siutttt jer