Friday, April 24, 2009

Al Fatihah

Tepat pukul 12 malam reminder di hp aku berbunyi, aku sudah tahu, sebab tarikh 24/4 aku tak pernah dan tak akan aku lupakan. Genap 3 tahun arwah Muhammad pergi meninggalkan kami tanpa tawa @ tangisan apalagi senyuman. Arwah pergi ketika aku mengandungkan dia 7 bulan, betul2 genap 2 minggu selepas arwah ibu mertua ku pergi. Aku tidak dapat menatap wajah arwah buat sekelian kalinya, sebab aku pengsan setelah melahirkan arwah, hampir untuk pegang wajah dia tapi pandangan ku kabur, sehingga la aku tersedar jam dah pukul 6 petang. Bila buka mata hanya ibubapa ku yang kelihatan. Arwah pun telah selamat dikebumikan. Sorry tak dapat teruskan entry ini, airmata aku tak putus2 mengalir, nasib baik bos ada, dapat control sikit. Al Fatihah...........

4 comments:

Ibuhani said...

al-fatihah.......utk Muhammad......

danishahumaira said...

saya sentiasa berdoa untuk jumpa dia dalam mimpi dpt peluk pun jadi la, tapi allah tak izin kan lagi

NouroulSuhaimi said...

al-fatihah untuk arwah Muhammad.
kuatkan semangat yer!
mesti ada hikmah...

danishahumaira said...

thank you cokolat