Saturday, April 11, 2009

Asam Pedas & ikan segar

he he he sapa tak suka tak yah baca ek, nak citer pasal makan lagi ni. Dekat ofis ni ada supplier ikan segar, jadi bila dengar orang cakap ikan tu segar la, murah la, aku pun terpikat. Last weekend aku sms kakak ni untuk order ikan gerut2(ni macam ikan merah tapi warna tak merah la nanti tengok gambar kat bawah ek), udang yang besar tu aku order 1/2 kilo dan ikan kembung 1/2 kilo. Hari Isnin tu aku pun amik la ikan2 dan udang tu, nak tau semuanya rm 27.50 je urmmm memang murah kalau kat sini mungkin dalam rm 40 - 50 kut.

Jadi balik aku berpikir-pikir nak masak apa ek so aku pun memilih nak ikan gerut2 tu masak asam pedas dan goreng. Fuhhhhhh kengkawan memang betul ikan tu segar, rasa manis lain la dengan ikan yang kita beli kat pasar malam. Hilang diet kitorang malam tu makan bertambah-tambah pulak tu aku baru ada selera nak makan nasi. Puas bercerita jom tengok gambar yang sempat aku snap.
udang yang telah siap ku kopek senang nak masak n makan tak yah nk kopek2 lagi terus msk mulut tinggal telan, masih tak tau nak masak apa lagi

ini la ikan gerut-gerut besar dah siap siang tinggal potong2 je

ni baru tumis bahan2 untuk masak asam pedas

dah gelegak(gambar gelap nk tgk klik je la)

da siap untuk di makan (kalau emak @ abah aku yg masak dorang letak daun limau purut, kalau aku letak daun kesum dengan bunga kantan)

goreng ikan(my hubby kalau dia nak makan mesti ada ikan goreng)

da siap.........menu makan malam kami



1 comment:

Ibuhani said...

BESTKAN MKN ASAM PEDAS............