Friday, April 10, 2009

Di dalam Memori

saat-saat kegembiraan

10/4/2006 tepat jam 1.20 tenghari di wad 4B arwah ibu mertuaku menghembuskan nafas yang terakhir didepan anak menantu, besan dan saudara mara. Kedengaran tangisan sana sini di wad tersebut. Aku yang ketika itu mengandung anak ke 3 terduduk di tepi katil tersebut, suamiku tersandar di dinding sambil menangis dan fara dipeluki sanak saudara. Pilu, sayu semuanya ada. Hari ini genap 3 tahun arwah pergi, terimbau kembali pada malam sebelum arwah meninggal aku menjaga arwah di hospital, teringat-ingat ketika itu asyik bertanya suamiku mana, jam pukul berapa hingga la kepagi. seingat aku terlelap jam 4 pagi selama 10 minit, terkejut arwah minta pasangkan oksigen. Terus aku bangun ambil wuduk dan baca Yasin sementara menunggu waktu subuh. Jam 5 pagi arwah minta bukakan tiub air kencing yang dipakainya. Bila waktu subuh terus aku mandi dan mengerjakan solat dan selepas itu terus baca Yasin lagi sekali.

Pukul 7.30 pagi sarapan sampai, aku menyuapkan dia nasi goreng tapi dia tak lalu nk makan hanya sesudu sahaja, aku tak sampai hati nak tengok arwah berlapar aku minta org sebelah katil sekeping roti, aku celupkan roti dan suapkan hingga habis sekeping roti arwah tutup mata, aku ingatkan arwah tidur, tiba-tiba dalam 8 pagi arwah macam tersentak, aku panik dan minta bantuan orang sebelah untuk panggil Dr yang bertugas. Dr bergegas ke bilik dan minta aku keluar sekejap. Selepas check arwah Dr menarik tangan aku duduk depan dia, masa tu aku dah tau ada sesuatu yang akan berlaku, mata Dr tu merah menahan tangis, tapi demi untuk kuatkan aku dia menahan airmata dari jatuh dan dia bertanya aku

Dr: Awak ni siapa dengan pesakit
Aku: Saya menantu
Dr: Anak2 pesakit dah tau, saudara-saudara dah tau
Aku: Dah Dr
Dr: Awak dah tahu emak awak ni dah lemah, kanser dah merebak ke paru-paru,(slow je Dr ni ckp), minta beritahu anak-anak dan saudara mara emak awak, dia dah tenat.

Aku terpaku dan tidak boleh menahan kesedihan masa tu, dr tu terus memeluk aku sambil berkata "sabar ye yang hidup pasti akan pergi, awak kena redha, jangan tertekan sangat awak tengah sarat mengandung"setelah aku tenang Dr melepaskan pelukan. Aku terus ke ruang TV sebab arwah tengah dibersihkan oleh jururawat pelatih. Aku call suami aku sambil menahan sebak dengan suara yang sedih suami aku dapat menangkap terus bertanya kenapa emak, macamana emak, dengan tersedu-sedu aku memberitahu emak dah nazak. Masa tu dia da sampai hospital tengah cari parking. Tidak sampai 10 minit suami dan pembantu rumah kami dah sampai. Suami ku terus call adik beradik arwah memberitahu keadaan arwah. Memang rezeki adik iparku untuk jumpa arwah buat kali terakhir haritu kebetulan dia bercuti(dia ni stewardess).

Pukul 11 pagi aku pegang kaki arwah dah sejuk beransur-ansur ke atas, aku perhatikan arwah sehingga la aku lihat dada arwah berombak-ombak dan akhirnya dia mengucapkan kalimah La ilahaillallah dan aku nampak arwah menghembuskan nafas yang terakhir terus kepala dia terus berpaling ke kanan. Satu keajaiban berlaku bila aku tanya semua orang tak perasan, aku melihat muka arwah tersenyum selepas menghembuskan nafas yang terakhir. Semasa mandikan arwah kelihatan dia macam tengah tidur, anggota badan dia kelihatan lembut memudahkan orang memandikan dia. Semua orang bercakap arwah meninggal sebiji macam emak arwah tenang je airmuka. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

nota: Pada malam kenduri tahlil aku ternampak maid arwah tersedu-sedu menangis, aku tanya napa, saya tak nak balik indon kak, jangan hantar saya, aku pun cakap la eh tak la kamu kerja la dengan saya, saya tak hantar kamu, dia ckp saya tak nak kerja dgn orang lain, aku balas tak la saya perlukan kamu. Tapi last-last ko lari jugak hampes kelapa(sempat lagi lepas geram)

4 comments:

Ibuhani said...

SEDIHNYE....tp ini hakikat hidup...redho je...moga arwah dicucuri rahmat...amin

danishahumaira said...

memang sedih ingat nak pergi kubur pagi tadi tapi x sempat

PuTeRi BoNgSu said...

aduhhh sedihnya...skjap masa blalu. dah 3 taun.
AL-FATIHAH...

danishahumaira said...

tersentuh lagi menitis airmata setiap kali teringat