Jadi semalam balik kerja terus membasuh apa yang patut, melipat apa yang patut, anak2 semua kena paksa siapkan homework. Ingatkan nak bangun awal sekali terlajak pukul 8.30 baru terpisat-pisat ye la siapkan packing semua pukul 1 pagi. Plan nak gerak pukul 9 pagi ditunda 1/2 jam lewat jadi sarapan je la roti dan air kotak dalam kereta.
Sampai-sampai je terus check in lepas tu cari kedai makan utk lunch, kedai yang famous asam pedas(gerai 35) tu baru nak bukak, jd cari kedai lain ternampak kedai asam pedas selera kampung nampak menarik cari parking terus pergi situ.
Memang kena dengan nama kedai selera kampung, masuk je kedai ni rambang mata ada udang goreng, asam pedas off course la main menu kan, ulam2an with sambal belacan, cencaluk kalo tak de ni bukan org melaka la, masak lemak ketam, udang galah, masak lemak daging salai dan macam2 lagi la, meriah betul kecur ayaq liur. Jom kita layan gambar2 ni dulu
Petang ni nak naik cruise hopefully cuaca ok
4 comments:
stay kat hotel mana? Kedai makan ni area bandar hilir ke ..nampak menyelerakan
yummmyy.. kaseh dah lama nak g melaka tapi tak terpegi2 gak..haishh..
ibu ayu- saya stay kat bayview hotel, kedai ni area mahkota parade /stardhuys
kaseh- pegi la da byk berubah melaka
kty paling suka kalo bercuti pergi melaka..makanan tu semuanya look mabeles
Jom baca: Tutorial Link Entry di Komen
Post a Comment