Wednesday, January 12, 2011

ha ni baru nak citer hari pertama sekolah agama dania

Ok sebelum terlambat kan baik publish cerita ni kan sebelum msk bulan baru. eh korang nak tau sangat berbeza ye antara hari pertama kakak dengan adik bila msk tahun 1, yang kakak hepi sangat2 sampai tak bagi kitorang tunggu diorang, yang adik pulak x reti nak describe nnt korg tengok gambar ye, kesian sangat, aku terpaksa tahan airmata dari berguguran, sekolah kebangsaan tak jadi masalah, yang masalahnya sekolah agama, ye lakan sekolah kebangsaan kat jalan dua, sekolah agama kat jln 3, maknanya tak de kawan la kan, kitorg pun silap tak pe la at least dia akan dapat kawan baru. korang nak tau lepas hantar kakak terus hantar adik, tak dapat lama2 dengan kakak, say sorry to her tapi ayat biasa dari kakak yg sangat berani dan confident ni "tak pe mama, kakak boleh, kakak tau kelas kakak kat mana" hrmm kesian gak haishh macam2 emosi di hari pertama tu. Dengan berat hati tinggalkan kakak, then hantar adik, aku dah perasan dengan riak muka adik, mula2 tak nak tegur tp kesian kat dia tanya jugak dia jawab "adik penatla" dgn nada tersekat-sekat aiyooo, berkali-kali dia cakap mcm tu dan bermacam-macam pujukan diberi, akhirnya sampai sekolah agama, turun dari kereta dek kerana nervous + takut adik termuntah-muntah, apa perasaan korang masa tu kan, nasib baik tak kena baju dgn tudung. Bawak jugak dia perlahan-lahan masuk sekolah, masa ni da tersedu-sedu, airmata jangan cakap la. Antara dialog2 yang keluar dari mulut dia "adik nak balik", "adik penat mama", "hari ni je mama, esok adik datang balik", "tolong adik mama", aku peluk dia lama2 dari luar sampai masuk dalam aku pujuk dia, last2 aku pujuk dia "nnt mama belikan jam barbie", yes berjaya tapi dengan syarat aku kena duduk luar, mcm biasa aku ye kan je. Hai adik2 mcm la mama papa nak hantar ke medan perang. Tapi sebaliknya sekolah petang dia sangat teruja dan tak sabar2 nak pergi. Rasanya semua sekolah kena buat hari suai kenal dulukan baru la budak2 tak takut.
masih steady lagi ni


hrmm dari baby sampai la ni airmata tak dapat dipisahkan, apa2pun mama tetap sayang korang tau

No comments: