Thursday, February 5, 2009

Cerita seorang teman

Pagi kelmarin aku dikejutkan dengan sms dari puteri bongsu yang memberitahu ayah beliau jatuh di bilik air dan dihantar ke hospital berhampiran. Dalam pukul 9 pagi aku bertanya lagi keadaan ayah beliau dan jawapannya amat melegakan ayah beliau dibenarkan keluar oleh pihak hospital. Pada pukul 2 petang aku bertanya lagi keadaan ayah beliau dan dia menjawab sms memberitahu ayah dia terpaksa ditahan di hospital HUKM kerana Dr di sana telah memberitahu ayah puteri diserang mild stroke dan akan buat ct scan pada pagi 4 februari. Alhamdulillah keputusan dari ct scan tidak menunjukkan ada darah beku cuma otak sebelah kanan terus mengecut itu la punca ayah puteri diserang stroke.

Kepada pembaca blog mari la kita berdoa semoga ayah puteri cepat sembuh. Kepada puteri semoga tabah menghadapi dugaan ini, selagi kita bernafas di muka bumi yang fana ini selagi itu la kita di uji dengan dugaan bezanya berat atau ringan sahaja.

1 comment:

PuTeRi BoNgSu said...

Terima kasih yg tidak terhingga..