Wednesday, August 26, 2009

Luahan Hati

Semalam pegi bazar Ramadhan kat PKNS Bangi, masyaallah jam giler macam hari esok tak boleh makan la gamaknya he he he, ye la penat kan bila balik kerja, rasa tak larat nak masakkan jadi jalan penyelesaian pergi keluarkan duit n beli je la. Ramai betul orang berniaga kat situ dari air hingga la ke lauk pauk sampai tak reti la nak beli apa, pening sekejap.

Last2 kitorang beli laksa, kuih 2 jenis dan murtabak singapore. Hai ni la nak cerita pasal murtabak singapore mahal je boleh harap rm 7 sekeping ok, tapi rasanya tidak mencapai piawaian tekak kami laki bini
(ini tekak kami ek, if korang nak cuba la maybe tekak korang serasi). Rasa marah pun ada kita beli mahal2 tapi hasilnya amat menghampakan. Wahai penjual kalau ingin berniaga hanya utamakan keuntungan tak payah la nak berniaga. Lagi satu my cousin beli sambal udang petai dan kerabut perut di seksyen 16, nak tau apa rasa yg sambal udang petai rasa ok la tapi berpasir, hey korang ni rumah @ kedai tak de air ke, ingat duit kami macam pasir jugak ke, yang kerabu perut lak nampak menarik dengan taburan cili padi tapi bila rasa manis semanisnya ayoyo kerabu kan selalu rasa masam n pedas.

Kecewa la, bagi saya biar mahal tapi rasa amat puas hati macam bazar ramadhan kat Bandar seri Putra jual ayam panggang seekor RM 16 rasanya amat sedap begitu juga air laici kang rm3 rasanya memang terasa tak kurang apa pun macam tu la nak berniaga. Kita kalo boleh tak nak membazir bulan Ramadhan ini tetapi bila dah tak boleh masuk tekak kami camner, baik la kami pergi beli pizza hut, kfc, nandos @ mc D dah tentu rasanya sama betul tak. Sekadar meluahkan rasa kecewa.

nota: petang ni nak masak la sambal telur, goreng ikan n buat sambal tempoyak

10 comments:

Kaseh said...

betul tu.. kalau nak meniaga biarla ikhlas kan.. masa puasa ke 3 arituh pun kaseh terkena gak ngan penjual2 kat pasar ramadan ni. beli ayam masak merah rasa macam nak basi..pastu sayur pun tawar hebeh.. taktaula dorang ni meniaga macam mana..

PuTeRi BoNgSu said...

cuba beli murtabak kat uniten tu lin. diaorg kata sedap...
tapi put3 pon tak cuba lg sbb bila smpai jew dah abis. baru kul 5 masa tu. tauke tu kata klu nk, kena buat order lak seawal 2ptg. huhuhu..maknanya tu kena kuar opis kul 2 ar klu cmtu...

atty's said...

kty malas dah gi param..sejak dua tahun ni jimat skit..tak sanggup nak tempuh ..jam..lepastu beli tak berbaloi..tak sodap..

danishahumaira said...

to kaseh betul la awak diorg ni tak tau la nak kate, tak ikhlas langsung tau nak untung

to pu3, ye ke nnt bgtau laki den la dia dekat

to kak atty, betul la kak ty mmg tak berbaloi, da buat conclusion nk masak je la walaupun simple tapi berbaloi

prebetsabu said...

satuju...

ituhar ada beli lauk siput sedut kat area pasar tu.. 80% dari siput tu takleh nak makan sbb dia tak buang bontot siput tu.. so takleh sedut lah..

hatiku keciiiwaaaaaaaaaaa

azlina said...

salam lynn...
akk sekeluarga jrg beli lauk utk berbuka sb dah byk kali kena duit je hbs tapi lauk tak blh mkn....pastu tak sampai kul 10 mlm lauk dah basi..

danishahumaira said...

to prebetsapu-memang kecewa ler harapan tinggi menggunung last2 hampes

to kak azlina- yg wat saya beli ni sbb anak2 export kelang kalo diorg ada confirm saya masak kak, itu la nasib pembeli kan

Ibuhani said...

weii...nak sodap masak sendiri :)haha...menu ptg tu cam best je..

Nadiah Sidek said...

huhu..mahalnya! tp betul la ka;au mahal tp sedap, takpe. ni hrp mahal je tp rsnya ntah apa2

danishahumaira said...

kak ani n nadia botul tu