Saturday, August 22, 2009

1/3/62-18/8/2009

dalam kenangan


Kepada semua yang telah membaca entry ini dan ini, saya ingin memberitahu bahawa Acik yang dikasihi telah kembali ke rahmatullah pada 18 Ogos 2009 bersamaan 26 Syaaban. Telah dapat panggilan sejak dari hari Isnin arwah telah dimasukkan ke HUKM kerana sesak nafas, dan pada petang selasa dapat sms dari anaknya arwah sudah tidak memberi respon lagi, terus kami mengambil anak arwah yg lagi 2 orang terus ke HUKM, sampai sana adik iparku, abang dan kakak ipar arwah sedang membaca Yaasin, aku terus mengambil tempat disisi arwah mengajar arwah mengucap, sebak sangat masa itu,terhenti aku mengajar dia mengucap memang sebak sangat, bila dah reda aku ucapkan lagi 2 kalimah syahadah di telinga arwah.

Selepas maghrib kami sepakat untuk membawa arwah pulang setelah melihat bacaan bp arwah sangat rendah, pada mulanya Dr tidak membenarkan kami membawa pulang kerana melihat pada bacaan bp Dr takut kami tidak sempat, tapi memandangkan sudah malam, jikalau arwah meninggal di hospital takut proses mengeluarkan jenazah mengambil masa hingga esok hari, jadi kami mengambil risiko untuk itu, dan kami telah memanggil ambulan dan minta pihak hospital menguruskan proses pengeluaran , aku dan suami balik dulu untuk mengambil Danish(terima kasih kepada penjaga Danish kerana faham akan keadaan kami).

Sampai di rumah aku dan suami terus mandi dan semasa kami baru hendak solat isyak suamiku telah dapat panggilan dari cousin bahawa arwah acik telah menghembuskan nafas terakhir sejurus sampai dirumah abang beliau, innalillahiwainnahirajiun.

Keesokan paginya aku dan suami telah ke balai polis untuk membuat permit kubur, selepas itu terus ke rumah pak cik suamiku, masa aku sampai persiapan untuk mandi dan kafan sedang dilakukan, aku terus amik wuduk dan terus duduk di sisi jenazah untuk membaca yaasin, anak2 arwah sudah tidak dapan menahan tangisan melihat jenazah ibu kaku disitu. Aku turut serta bersama anak2 arwah untuk mandikan jenazah, sayu sangat airmataku tidak putus2 semasa mandikan arwah apatah lagi anak2 arwah, untuk pengetahuan semua anak2 arwah sudah jadi anak yatim piatu, arwah ayah mereka telah meninggal dunia 10 tahun yang lepas akibat kanser hati.

Dalam pukul 10 pagi arwah selamat dikafan dan terus para jemaah lelaki mengambil tempat untuk solat jenazah, kami yang ada disitu memeluk anak2 arwah untuk memberi kekuatan kepada mereka. Alhamdulillah arwah acik dapat dikebumikan berdekatan dengan arwah ibu mertua dan anakku.

Dalam pukul 11 arwah telah selamat dikebumikan, berakhirla penderitaan seorang pesakit kanser yang hanya bertahan selama 3 tahun. Untuk pengetahuan semua arwah tidak makan hampir 8 bulan, sehingga dia hembuskan nafas terakhir hanya air sahaja yg boleh masuk, yang lain bila masuk muntah. Semoga Allah ampunkan dosa2 arwah semasa hayatnya dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah

nota: masih terbayang2 minggu lepas arwah mengadu sakit dada sebab batuk dan sekarang hanya tinggal bau minyak dibilik arwah

8 comments:

PuTeRi BoNgSu said...

al-fatihah...

Tirana said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Ibuhani said...

al-fatihah...........

Nadiah Sidek said...

inna lillah wa inna ilayhi rajiun. smg rohnya dicucuri rahmat & ditempatkn bersama insan2 yg beriman..

azlina said...

al fatihah...semuga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..

danishahumaira said...

amin.....

NzA said...

salam takziah..al fatihah...

Masviona said...

innalillah...salam takziah untuk arwah acik moga rohnya tenang disana...:)