Monday, August 31, 2009

Berbuka bersama Family

Saat yang paling indah dalam hidup ini ialah berbuka bersama seluruh family, aku doakan semua orang yang aku sayang dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi keselamatan oleh Allah SWT dan semoga tahun hadapan dapat bersama mereka lagi. Tahun ni anak2 aku amat bergembira sebab berkesempatan bersahur dan berbuka bersama atuk, nenek, mak su, pak ngah dan pak lang, Pak Uda busy, so tak de la joint. Selama seminggu mereka kat sana, sorry ye mama n papa kerja nak save cuti yang sangat nazak sekarang hu hu hu. Ini gambar masa berbuka hari ke 2
sabar ye sayang 1/2 jam lagi nak berbuka
antara menu yang terhidang roti canai tu my mum yang buat tau cicah lak dengan kari daging, syurga beb, ada bubur lambuk, masak lomak cili api daging n sotong masak he he he lupa ler
oit maksu kot ye lapor pun duduk ler dulu
luv u all, tq ek jaga anak2 kitorang


yang ni pulak gambar menu berbuka hari ke 9 berpuasa
antara menu petang semalam semua masak sendiri ok tak de beli2
kasi close up sikit kerabu pucuk paku campur kerang ni pak ngah yang buat dengan tunjuk ajar emak x de maknanya dia terror buat he he he
dalca kambing ni abah yang masak superbbbbbbbbbb beb
kangkung goreng emak yang masak

ala lupa lak nak snap gambar asam pedas ikan bawal hu hu hu sangat sedap campur lak jeruk lagi la mantop.

nota: sabtu ni balik lagi Klang my hubby tak de g sabah selama 1 minggu sedih sob sob sob

Malee Tom Yam

Hari Khamis lepas unit my hubby buat majlis berbuka puasa with family di Malee tom yam Kajang. Oleh kerana anak2 kitorang x de jadi kami bawak anak2 arwah Acik berbuka bersama. Seronok jugak majlis camni boleh kenal2 family masing2. Dalam unit my hubby tak ramai 5 orang je dan yang paling senior my hubby ler walaupun pangkat kocik tapi paling senior kengkawan he he he bayangkan dari tahun 1998 korang kira la sendiri ye he he he. Ok2 dah melalut lak, makanan kat sini boleh tahan sedapnya, mencapai piawaian tekak kami,

anak2 arwah acik, tinggal mereka bertiga sahaja, tersentuh pulak hati
baby kailan special, sedap
udang goreng tepung
siakap sweet sour

hai bang tak sabar ek
tom yam pok tek boleh tahan but masin sikit
sekali aku ngap ko pun ngap he he he dah tak ingat ler apa benda ni
ha ni namanya ayam kukus limau, first time tau tengok menu ni mula2 tak confident nak order tapi nampak macam menarik je terus cuba, rasanya memang syedap, cubala
owner blog musti ada kan
air tembikai
fresh orange
menunggu waktu berbuka
me with budak comel n chubby mmmuahhhh

Menu Berbuka puasa yang amat simple

Saja je wat entry makan ni, hari tu kan geram beli2 kat bazar ramadhan tak sedapkan so aku decide nak masak, jd balik kerja terus buka peti ais yg ada telur, tempoyak n ikan bilis. Oleh kerana my kids tak de minggu lepas jadi kami tak pergi pasar. Ok berbalik pada cerita asal terus dalam kepala terus ingat nak buat sambal telur, sambal colek tempoyak n ikan bilis+kentang goreng berkicap. Dalam masa 1 jam aku telah siap masak kesemuanya hu hu hu ye la masak simple je beb. Masa berbuka tu bila rasa walaweiii pedas giler tak hengat dunia, nasib perut tak meragam, tersalah beli cili kering ingatkan yang biasa rupa2nya terbeli yang pedas, but pedas2 pun abis la. Kekadang menu yang simple ni la paling lazat kan, jika korang kehabisan idea boleh la try menu aku ni
ini favourite suamiku dan family dia, ingat dulu arwah mak mertua aku selalu masak macamni
sambal telur yang amat pedashhhhhhhhhhhhhhh
sambal colek tempoyak pun pedas gak sebab letak cili padi yg warna merah tu

Friday, August 28, 2009

Berkelah

Ini cerita sebelum berpuasa, pakcik suami aku telah menjemput kami untuk berkelah di Port Dickson bersama-sama sempena meraikan anak menantu baru mereka, meriah beb tapi tak ramai pulak dapat datang hanya 5 keluarga termasuk kami. Kami berkelah di batu 4 PD ala yg depan pasar malam Sabtu tu, dekat situ tak ramai orang dan selesa untuk kami berkelah. Hari tu macam2 menu ada tuan rumah bawak nasi lemak, ayam goreng berempah, siap bawak tempat pemanggang untuk bakar ikan, kitorang bawak KFC.

Yang paling best anak2 aku ler, seumur hidup diorang ini la kali pertama kitorang bawak diorang g berkelah kat tepi laut, selalu pergi PD mandi pool je, so diorang jakun sikit la main pasir, itupun merengek-rengek nak mandi laut aku tak bagi sebab nanti hitam kulit diorang boleh ke bagi alasan ni he he he(sebenarnya mak dia malas nak tukar2 baju ha ha ha). layan ler gambar2 kat bawah ni ye
yes saya dekat PD ni first time tau berkelah kat tepi laut hu hu hu
3 beradik yang menikmati kebebasan
mama beshnyerrrrrrrrrrrrrrr
tengah menunggu yang lain, anak2 aku dah lapor
yeay dapat bola



tak leh, tak leh ni sy punya ler

pengantin yg ceria, baru balik outstation sure senyum lebar kan kan kan.....

harus adakan empunya diri

mertua vs menantu
mama best la main pasir ni napa masa dulu2 tak bawak kitorang ye
mama penat la nak susu lagi
makan ramai2 sedap wooo hilang diet mak nyah, berteguk2 lepastu minum tea mix

manyak syok maaaaaaaaaaa

saya pun nak diet la mama perut saya da moncit ni hu hu hu
hai anak dara sorang ni kang pecah bola tu kang
montot bertemu montot, keletihan masing2 masa ni pukul 3 lebih bergerak dari PD
suka tengok pic ni dia tengah membebel masa ni

nota: nak g lagi la jom jom jom guarantee best punya