Saturday, January 29, 2011

Masa Kualiti bersama keluarga

Last week minggu sakit, tak dapat nak entertain anak-anak dan suami, terbaring 24 jam, bila cuba nak gerak dah gelap satu dunia. Weekend ni memang hari yang ditunggu-tunggu, akan tetapi en suami ada kerja lak kat Melaka, entah camna dia ajak semua. Yippiiiiiiii ke Melaka lagi, terus google hotel mana yang berkenan.

Jadi semalam balik kerja terus membasuh apa yang patut, melipat apa yang patut, anak2 semua kena paksa siapkan homework. Ingatkan nak bangun awal sekali terlajak pukul 8.30 baru terpisat-pisat ye la siapkan packing semua pukul 1 pagi. Plan nak gerak pukul 9 pagi ditunda 1/2 jam lewat jadi sarapan je la roti dan air kotak dalam kereta.

Sampai-sampai je terus check in lepas tu cari kedai makan utk lunch, kedai yang famous asam pedas(gerai 35) tu baru nak bukak, jd cari kedai lain ternampak kedai asam pedas selera kampung nampak menarik cari parking terus pergi situ.

Memang kena dengan nama kedai selera kampung, masuk je kedai ni rambang mata ada udang goreng, asam pedas off course la main menu kan, ulam2an with sambal belacan, cencaluk kalo tak de ni bukan org melaka la, masak lemak ketam, udang galah, masak lemak daging salai dan macam2 lagi la, meriah betul kecur ayaq liur. Jom kita layan gambar2 ni dulu

Alhamdulillah perjalanan lancar pukul 11 sampai bandar Ayer Keroh

manja2 dgn papa

ulam2an dgn sambal belacan n kerabu mangga
kasi close up sikit

grrrrrrrrrrrrrrr

kami pilih ikan tenggiri tapi asam pedas dia kureng sikit la

masak lemak ketam

udang goreng

fuh sedapnya danish makan ayam goreng

owh terlupa amik kuah

Petang ni nak naik cruise hopefully cuaca ok


4 comments:

ibuayu said...

stay kat hotel mana? Kedai makan ni area bandar hilir ke ..nampak menyelerakan

Kaseh said...

yummmyy.. kaseh dah lama nak g melaka tapi tak terpegi2 gak..haishh..

danishahumaira said...

ibu ayu- saya stay kat bayview hotel, kedai ni area mahkota parade /stardhuys


kaseh- pegi la da byk berubah melaka

attyfir said...

kty paling suka kalo bercuti pergi melaka..makanan tu semuanya look mabeles

Jom baca: Tutorial Link Entry di Komen