Thursday, August 6, 2009

Sebak

Malam semalam kan malam nisfu Syaaban dan malam semalam lepas maghrib kan sunat untuk baca surah Yaasin 3 kali beserta dengan niat. Niat pertama minta dipanjangkan umur untuk ibadat, kedua diminta murahkan rezeki dan diberi rezeki yang halal dan ketiga minta mati dalam iman.

Niat 1 dan 2 ok je la kan baca yaasin, entah macamana bila baca yaasin yg ke3 tu terasa sebak sangat, kenapa entah tiba2 bila sebut perkataan mati tu terus didalam hati teringat macam2. Dalam hati teringat sempatke aku ni melihat anak2 membesar, bagaimana amalan ku semasa malaikat cabut nyawa ketika itu cukup kah, bersediakah aku pada masa itu. Ya Allah ampunila segala dosa hambaMu ini dan semoga aku sempat bertaubat serta dapat melakukan amalan yang Kau suruh. Amin.....

5 comments:

PuTeRi BoNgSu said...

semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.

danishahumaira said...

Amin....

Ibuhani said...

n smoga hidup kita diredhai Allah SWT dunia akhirat....amin..

mummysya said...

Semoga segala yang kita lalui dan jalani diberkati ALLAH SWT dan mendapat keredhaannya....

danishahumaira said...

to ibuhani n mummysya-insyaallah, amin....