Friday, October 30, 2009

ada yang tak kena dgn FAcebook

Meh sini meh sini nak citer ni FAKTA ye bukan AUTA, member aku(lelaki) ada facebook ni so entah macamana satu hari tu dekat inbox ex couple yg kiranya cinta hati pertama la dari form 3 sampai la member aku nak fly ke oversea entah camne terputus hubungan. Baru-baru ni melalui facebook dia terjumpa la mamat ni terus add. Masing2 excited gila la ni sampai terlupa status masing-masing yang dah ada anak 4 orang pulak tu member aku ni wife dia baru bersalin. Mula2 tanya khabar lepas tu miss you la itu la ini rasa nak lempang beribu kali kat muka diorang ni. Entah camna Allah nak tunjukkan wife member aku terjumpa sms yg berbaur sayang dan rindu ni la, kau bayangkan la ye betapa hancur hati si isteri bila suami bersayang-sayang dengan org lain, apala salahnya si isteri ni aku bab2 ni memang sensitif ye korang kata aku kolot ke tak open minded ke apa ke lantak la.

Selepas ternampak sms tu wife dia diam tau tak ckp apa entah camne laki dia panggil dia dialog nye camni la lebih kurang "Yang tolong ambilkan......." wife dia pun balas "apa guna sayang kalau hati tak ikhlas" ha amik ko terkedu la mamat ni dia da terasa mesti wife dia terbaca sms tu. Terus wife dia minta penjelasan tetapi lelaki ego biasa la kan senyap je mungkin masih terkejut agaknya @ da rasa bersalahkan. Esoknya wife dia tanya lagi tp penjelasan mcm biasa "abang tak de apa2 pun just KAWAN" mangkuk kan jawapannya. Wife dia pun malas nak bising dah memang jenis wife dia ni lembut, wife dia cakap la"sekali hati ni terluka selama-lamanya akan terluka, saya percayakan abang tapi abang...... Bila wife dia cakap macam tu menggelabah la dia mulai saat tu wife dia cakap apa yang patut je, selalu tiap2 pagi, tengahari, petang wife dia akan call tapi sejak kes tu wife dia dah tak call.


Ingatkan mamat ni insaf la rupa2nya haram siap nak beli broadband lagi sebab kat office FB kena block. Aduhai sampai mcm tu sekali tu yang dia kata tak de apa2 gila la org mcmni. Yang perempuan tu pun satu ko da ada laki jaga je la, tak yah sibuk nk pikir cinta lama tu. Ingat la Allah sikit berdosa besar ko duakan laki ko tu, ingat anak2 yang ko lahirkan tu.


Kepada hubby aku jangan nak mengada-ngada bukak account facebook biar la org kata awak kolot biarla, kang tak pasal2 jumpa entah sesapa(takut sebenarnya ni....)

5 comments:

Anonymous said...

btl kak..bukannya kolot klu tak bukak FB..
bnyk lagik benda berfaedah drik tak bukak FB

danishahumaira said...

tak salah nak cari kawan tapi pandai2 la kawal diri

Ibuhani said...

Jgn salahkn FB.......hahaha.....sorry2 gurau jer, Lin!
Patutnya yg lepas2 tu....biarlah berlalu. Yg ada ni kena jaga......tambahan lg dah ada anak.....amanah Allah tu....

danishahumaira said...

kak ani bukan nk salahkan FB cuma nak kaitkan dgn org yg salah guna FB ni,

danishahumaira said...

ye la kak Ham, nsb baik my hubby tak berminat dgn benda2 ni tapi mana tau kan satu hari.....ayokkkkk, tapi masing2 da berumur dan berakal depa tau mana baik dan mana yg buruk